Saturday, March 30, 2013

Adakah perkara itu benar atau tidak???


Salam kepada kalian semua.

Terjumpa sesuatu yang membuat ku berfikir sama ada perkara itu benar atau tidak. Pelbagai persoalan bermain di minda. Ku serahkan segalanya kepada yang maha Esa, agar memberi ku petunjuk tentang perkara tersebut. Sesungguhnya, aku tidak mahu tersesat dan menduakan diri Mu kekasih ku. Setelah beberapa ketika, terjumpa ayat di bawah:-



Umar Sulaiman (1985:59-60) menyatakan bahawa syaitan tidak semestinya datang menipu manusia menyuruh manusia meninggalkan perkara-perkara yang baik dan menyuruh melakukan perbuatan jahat. Sekiranya ia berbuat demikian manusia akan menyedari bahawa perbuatan tersebut adalah daripada syaitan.

Sebaliknya, makhluk itu akan melakukan pelbagai helah untuk mengelirukan, mengelakkan dirinya daripada diketahui siapakah dirinya yang sebenar menyebabkan manusia beranggapan bahawa syaitan itu adalah wali Allah lalu menganggap perbuatan yang salah itu baik.

Menurut Umar Sulaiman (1985:87) lagi, pengulas at-Tahawiyah menyebutkan tentang adanya golongan syaitan yang dipanggil oleh manusia sebagai rijalul ghaib. Ada orang yang pernah bercakap dengannya dan menghasilkan sesuatu yang luar biasa, sehingga mereka menyangka bahawa makhluk tersebut adalah wali-wali Allah.

Mereka pada hakikatnya adalah teman-teman kaum musyrikin daripada golongan jin. Mereka dinamakan ``rijal'' seperti yang tersebut dalam firman Allah (al-Jinn: 6): Dan bahawasanya ada beberapa orang lelaki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa orang lelaki (rijal) di antara jin, maka jin-jin itu menambah lagi mereka dosa dan kesalahan.

Rujukan: click sini



Bila terbaca ayat di atas, persoalan yang berlega di minda ku semakin terjawab. Bantuan dari Nya. Alhamdulilah. 

Pengajarannya:
1. Jika terlalu kusut dan tidak tahu nak buat apa, mintaklah pertolongan dari Nya, sesungguhnya Dia maha mengetahui.
2. Tipu daya syaitan dan sewaktu dengannya sangatlah licik, jadi, berhati-hatilah wahai saudara ku sekalian.
3. Jangan mempercayai dan terus menerima bulat-bulat apa yang di beri tahu, sebaliknya perlu lah di kaji dan kaitkan perkara itu dengan Islam.
4. Hindarilah diri daripada terus menyekutukan Allah SWT.
5. Untuk mendapatkan ilmu yang baik, pelbagai halangan perlu di tempuhi. Berbanding ilmu jahat, senang je nak dapat. 

Tuntasnya, sesuatu yang sukar di perolehi  itu, barulah kita hargai dan nikmat. Berbanding yang senang kita perolehi. Dalam kata lain, yang senang kita perolehi itu kurang nikmatnya dari yang susah kita perolehi. 

Begitu jugalah dalam kes mencari calon isteri, makin susah mendapatkan seseorang wanita, semakin berharga wanita tersebut. (hehe, betul ke???)

Oklah sekian dari ku,

Yang benar,
Relax itu tenang.

Pai..


No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!