Thursday, March 07, 2013

Maksud matang di dalam Islam



Assalamualaikum saudara ku sekalian,


Berjalan-jalan pergi bank, naik motor terhoyong hayang, nampak lampu kereta di hadapan. Bermain sesuatu di fikiran. Tiiiinnnggg (lampu muncul di dalam kepala), menandakan idea dah datang. Terhasilah seperti di bawah.


Tahukah anda:

-Anda tidak matang jika memaki hamun sesama sendiri.

-Anda tidak matang jika berpegangan tangan dengan orang bukan halal buat korang.

-Anda tidak matang jika naik motor bersama orang bukan halal buat korang.

-Anda tidak matang jika berpelukan dengan orang bukan halal buat korang.

-Anda tidak matang jika menyentuh orang bukan halal buat korang.

-Anda tidak matang jika berpakaian seksi.

-Anda tidak matang jika tidak menutup aurat.

-Anda tidak matang jika hanya menutup rambut korang wahai perempuan.

-Anda tidak matang jika pakai seluar paras lutut wahai lelaki.

-Anda tidak matang jika pakai baju jarang wahai lelaki dan perempuan.

-Anda tidak matang jika kurang ajar.

-Anda tidak matang jika mewarnakan rambut korang.

-Anda tidak matang jika bersosial tanpa batasan.

Tuntasnya atau kesimpulannya, anda tidak matang jika melakukan kemungkaran



Mengikut kamus dewan, matang membawa maksud sudah sempurna (fikirannya), menunjukkan kesempurnaan atau kedewasaan pemikiran.

Maksud di dalam kamus dewan terlalu umum. 

Ketahuilah wahai saudara ku sekalian, sebagai orang Islam kita perlulah membuat penambahan bagi maksud matang kepada: orang yang matang ialah orang yang mampu berfikir yang mana baik dan buruk untuk di lakukan berlandaskan Islam. 


Berdasarkan maksud matang di dalam Islam, ketahuilah bawasanya korang tidak matang jika masih melakukan kemungkaran. Ini kerana fikiran korang masih tidak mampu berfikir mana baik dan buruk untuk di lakukan di dalam Islam.



Berdasarkan maksud matang di dalam Islam, adakah korang seorang yang matang?

Tepuk kepala dan fikirlah jawapan untuk soalan di atas.

Hehe..

Selamat berfikir.



Aku tidak baik, aku juga sering melakukan kesilapan. Di sebabkan itu, tegurlah diri ku andai tersalah atau terkasar bahasa. 

Sekian dari ku

Paaaiii…

Relax dan tenang selalu…

Hindarilah diri dari stress…


J

No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!