Wednesday, October 25, 2017

Drop down list in excel


Selamat malam, pagi dan tengahari semua. Hari ni relax nak berkongsi dengan korang sedikit pasal satu ilmu yang relax pelajari di tempat kerja relax. Relax buat semata-mata sebab malas nak key in data pekerja yang sama setiap kali dalam excel.

Jadi relax carilah macam mana tak nak key in data yang sama dalam excel. Lagi satu memudahkan sebab tak payah dah nak risau type-type bagai sebab dah tersedia datanya semua dalam ni. Hanya pilih melalui mouse sahaja data-data tersebut. Senang dan mudah.

Ilmu yang relax nak ajar korang ni ialah macam mana nak hadirkan list di dalam excel. Atau dalam English nya "How to make drop down list in excel".

Okay kita saksikan tutorialnya di bawah.

1. Korang buka excel korang dan pilih petak yang korang nak hadirkan list tersebut di dalam nya.



2. Okay sebelum relax terlupa, korang buat dahulu satu data untuk di munculkan di drop down list yang bakal korang hasilakan nanti. Contohnya seperti dibawah, relax nak hadirkan yes dan no untuk drop down list relax nanti. Jadi relax type asing yes dan no tersebut seperti di bawah.


3. Selepas dah pilih petak mana yang korang nak buat list tadi. Korang pilih data di tab atas lalu korang pilih data validation.


4. Bila korang tekan je data validation akan keluar drop down list macam di bawah. Korang tekan lah data validation.


5. Korang tekan data validation, akan keluar pop up seperti gambar di bawah. Di label allow, korang pilih list dan click ok.


6. Selepas tu korang pilih di label source data yang akan ada di drop down list. Macam relax, realx pilh yes and no la sebab data relax ialah dua ayat ni.


7. Korang boleh tengok dalam gambar di bawah, relax pilih Yes dan No yang relax buat tadi untuk label source.


8. Siap je korang pilih data tadi, korang click lah ok. Jadi lah seperti di dalam gambar ye.


9. Ok siap sudah tutorial kita. Macam-macam lagi boleh buat sebenarnya guna excel ni. Relax ajar dahulu benda basic ni. Lepas ni tiada aral melintang relax ajar korang yang lebih advance lagi.

Sekian daripada relax.

Majulah blog ku demi kamu semua.

Pai.


Wednesday, September 27, 2017

Abang Long Fadil 2 full movie


Bertemu kembali kita.

Tajuk movie yang menjadi perbualan gempak orang Malaysia. Jangan risau, Full Movie Abang Long Fadil 2 akan ada tidak lama lagi.



Buat masa sekarang full movienya hanya dapat di lihat di dalam panggung ye kawan-kawan. 

Okalah cerita ni bagi relax. No bad orang putih cakap.

Kali ni Abang Long Fadil yang di lakonkan oleh Zizan Razak terlibat pula di dalam dunia Mafia. Di tuduh pula pembunuh upahan. Jadi kisah ni menceritakan perjalanan Abang Long Fadil dalam membersihkan namanya sebagai pembunuh upahan.

Ringkasnya begitulah. Nak tahu lebih lanjut korang tunggu full movie nya ya. Kalau tak boleh tunggu korang pergi la tengok dalam panggung.

Sekian review ringkas daripada Relax.

Pai.

Tuesday, September 26, 2017

23 September 2017: Hari selangkah ke arah ikatan.


Selamat semua. Lama betul tak post ni. Bukan bermakna dah berhenti ber blog ye. Cuma terlalu penat balik kerja tu. Hari ni tulis blog pun daripada tempat kerja ni. Peristiwa yang perlu di ingati, relax pun post la dalam blog ni.

Hari Sabtu yang lepas iaitu pada 23 September 2017. Hari diri ku selangkah ke arah satu ikatan teguh.

Semoga di permudahkan segala urusan. Ayuh kumpul duit. 

Cerita bermula bila relax tengok dalam kalendar tempat kerja ku. Di situ ada tulis 4 hari cuti. Rancang nak pergi hiking. Di sebabkan faktor hujan, relax tangguhkan hiking. Lalu terfikir pula aktiviti lain yang lebih berfaedah, iaitu aktiviti selangkah ke arah satu ikatan.

So, relax pun ajak la semua my family ke tempat tersebut. Sambil-sambil tu diorang ni boleh lah jalan-jalan tempat ni.

Ok, jom lah rancang langkah seterusnya pula. 

Bila tu nanti ibu ayah ku bincang.

Okalah sekian post kali ini.


Monday, May 29, 2017

Angan-angan ku....


Pejam celik rupanya dah puasa. Dah nak habis bulan lima ni.

Pejam celik juga dah lama blog ni tak di update.

Biasa lah sibuk kerja kan. Macam ni lah.

Entah lah, tengok barang  bawah ni berkenan sangat, rasa nak beli. Tapi mahal la pula.



dan banyak lagi lah. Tak tersenarai benda-benda yang di inginkan....


Biasa lah, angan-angannya kalau dah ada rumah sendiri nak ada satu bilik untuk bertukang, dimana semua barang ada dalam tu. Senang nak buat apa-apa.

Bila angan-angan ni nak tercapai entah lah. Barang-barang bertukang yang elok mahal. Kaya boleh lah beli semua tu.

Angan-angan akan menjadi kenyataan atau tidak, Kita tengok je la masa depan nanti.

Okalah sekian luahan untuk kali ini.

Yang benar
Relax tenang.


Wednesday, May 03, 2017

Ibu pngubat kedukaan

Tengok gambar ni dalam istagram. Relax bersetuju dengan gambar ni.

Peluk memang hilang stress habis.

Tapi tula. Selalu peluk nanti di cop lemah pula.

Jadi kalau betul betul perlu tak boleh tahan stress. Baru peluk.

Apa apa pun masih bertahan sehingga kini.

Alhamdulillah semakin kuat.

Friday, April 28, 2017

Ya Allah aku dah penat 2


Hari ni cuma nak cakap. Aku makin penat.

Hari ni rasa nak menangis. Nampak kuat x berapa kuat sebenarnya.

Mana taknya, email mengatakan gaji tahun ni tak naik. Padahal setiap tahun gaji naik. Tahun ni tak naik.

Lepas tu bila fikir dengan kerja yang makin menjadi-jadi.

Adoi entahlah malas cakap apa.

Semoga makin kuat diri ini.

Saturday, April 22, 2017

Semakin penat ku rasa


Satu kisah daripada mamat yang ingin meluahkan perasaannya. Relax itu nama owner relax tenang. Lalalala... 

3
2
1
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Ini kisah benar, lahir daripada hati yang tulus mengharap satu perubahan dalam diri.

Kisah ku bermula daripada awal pagi.
Bangun pagi, ku celik kan mata lalu gagah ku berdiri. Kata zikir dan berdoa ku “Allahhuakbar, Allahhuakbar, subahanallah, berikan lah ku kekuatan hari ini untuk menjalani hidup ini, Allahhuakbar. Subhanallah.”

Zikir dan doa ku ucap, semata mencapai kekuatan untuk ku redha dengan kerja ku kini. Untuk memunculkan kekuatan di dalam diri. Memancar satu semangat dalam diri. Untuk meninggikan keimanan ku yang goyah ini. Untuk melawan segala anasir jahat semakin hampir kini.

Yup, benar, diri ini makin penat dengan kerja ku kini. Tiada tentu hala, lari daripada bidang. Itu ini, semua harus ku lakukan. Bohong kalau ku katakan tidak penat. Kontraktor, tukang besi, cleaner, juruteknik, segala-galanya diri ini.

Banyak benda harus ku fikirkan, ada tujuan ku terus kekal di sini. Bukan ku pinta, redha jelah ku kini. Semoga ada satu perubahan nanti.

Berikan kekuatan meneruskan langkah ini. Lenguh dan sengal badan ini, berjalan ke sana sani, selagi kudrat masih ada kini, teruskan melangkah dan redah sahaja jalan ini.

Semoga redha lah diri ini.

Relax pasti, segalanya berlaku ada hikmahnya.

Kuat sikit bro...



Tuesday, April 11, 2017

Ya Allah Aku Dah Penat


Mungkin ini dugaan buat ku.

Serius aku dah penat  dengan kerja aku sekarang.

Harap di beri kekuatan.

Saturday, March 18, 2017

Cerita juruteknik menjadi buruh kasar



Pejam celik dah nak dekat sebulan dalam bulan March 2017 ni relax buat kerja yang lari daripada bidang relax. 

Memang la diri rasa tak best. Tetapi bila fikir balik relax perlukan duit untuk meneruskan segala misi relax, relax kekal kerja di sini.

Dapat kerja lain, memang cabut dah, cerita dia tak dapat lagi.

Mungkin rezeki di sini. Bertabah je la.


Bukan itu yang relax nak cerita sebenarnya, cuma relax nak cakap sikit, sepanjang relax yang bekerja sebagai technician ni tiba-tiba sebulan jadi buruh kasar (terpaksa kerja). Adalah orang cakap "Kerja apa tak kuat, lembik."

Okay ini lah sebab utama relax tulis artikel kali ini. Nak menjawab kata orang diatas. Memang la relax tak kuat dah buat kerja buruh. Relax minta kerja sini sebagai technician. Bukan buruh kasar. Kalau relax kuat, dah lama relax minta kerja sebagai buruh kasar. Ini dah lari bidang, memang la jadi lembik. 

Sampai disini dahulu relax nak bagi tahu.. 

Sekian.



Kerja tak ikut bidang kerja, bertabahlah wahai diri.


Hai dan Assalamualaikum semua.

Update terbaru tentang diri relax ialah relax tengah stress pasal kerja dan kehidupan.

Bukan apa rasa tertekan sedikit bila fikir tentang kahwin, nak ada kereta, nak ada motor dan nak ada rumah.

Fikir semua ni jadi stress pula. Dengan fikir kerja yang tak ikut job scope lagi.

Semua kerja kena buat. Yang ni tak kesah sangat, ni dah sebulan jadi kontraktor, siapa tak stress woi.... Kerja sebagai technician tapi buat kerja buruh binaan. Letih badan oit.

Adoi.. Mungkin dugaan buat diri relax ni. Bertabah dan sabar la wahai diri.

Semoga di permudahkan segalanya...

Ameen.

Jangan stress-stress ye wahai diri. Relax tenang sahaja.

Bagi semangat dekat diri sendiri sikit. Chaiyok wahai diri..


Friday, March 10, 2017

Apakah wanita itu?

Hari wanita sedunia iaitu pada 8 March 2017 Rabu.

Tergerak hati nak tulis pasal artikel tentang wanita yang dituju khas kepada wanita.

Hari ni hari wanita hari merai sang wanita. Tergerak hati terlintas di buah fikiran wanita bagi ku seorang insan yang sentiasa memerlukan teman. Tidak boleh di biar bersendirian.

Ada saja yang menjaga nya. Ayah tiada adik lelaki menjadi penjaga. Tiada adik bapa saudara menjadi penjaga.  Pendek kata sentiasa memerlukan teman dan di lindungi.

Lumrah sang wanita. Itulah apa yang ku tahu.

Tetapi lain pula dengan seseorang yang relax bincang tetang wanita itu. Relax kongsikan pendapatnya tetang wanita.

"Wanita bersifat luhur dan murni. Murni disebabkan kebaikan dia dan luhur disebabkan kesopanannya dan perilakunya dalam menangani sesuatu masalah dunia.

Dengan dua sifat murni dan luhur inilah seseorang wanita mampu untuk menggoncang dunia.

Definisi murni. Murni berkait rapat dengan hati manakala luhur pula lebih kepada perwatakan luaran. dari luarannya dapat kita tengok keayuan wanita yg mampu untuk tersenyum setiap masa walaupun  ketika dalam kelukaan.

Senyumanlah kekuatan dan senjata sebenar seseorang wanita. Itu dari segi luaran.

Dalamannya pula Subhanallah lg cantik dihiasi dgn kekuatan dan ketabahan yg luar biasa sehingga mmpu untuk mnutup setiap kelukaan dan kepahitan yg d laluinya.

Di sebabkan dua sifat ini juga lah wanita di jadikan makhluk yg terindah di sisiNya dan sangat tinggi martabatnya di mata-mata kita. Tidak semua orang dapat menjadi seorang wanita walau dia dilahirkan sebagau seorang wanita.. 

Wallahualam.

Sekian pendapat dia.

Itu definasi atau pun pendapat relax dan juga orang yang relax berbincang tentang wanita.

Anda pula berpendapat macam mana?

Apa pun ketahuilah manusia itu hebat sebenarnya.

Sekian daripada relax pula.

Jumpa lagi di lain hati naa.

Friday, February 10, 2017

Jangan penat wahai sahabat


Hai dan assalamualaikum semua.

Hari ni rasa nak luah sesuatu dahulu.

3 2 1 okay start.

Adduuuhhhh hari ni 10 Februari 2017, rasa penat selepas balik daripada kerja. Nak kata guna banyak tenaga rasanya tak. Tapi memenatkan.

Semalam 9 Februari 2017 lagi memenatkan. Relax pun tak tau apa yang relax buat. Balik je rumah terus tak bermaya.

Mungkin penat layan kereneh orang di tempat kerja tak pun penat sebab terlalu banyak berjalan.

Tak tau nak kata lah. Tapi dua hari ni rasa penat balik kerja ni.

Apa apa pun demi sesuap nasi harus ku kuatkan langkah ini.

Semoga dipermudahkan segalanya.

Ameen.

Sekian daripada relax.

Monday, February 06, 2017

Cukup sampai di sini


Hai semua. Relax nama di beri dalam blog ni.

Rasa nak luah sikit perasaan kali ini.

Serius relax cakap. Ini yang terakhir relax bercinta. Selepas ini tak mau dah.

Sakit wei sakit tau tak.

Hahaha...

Dituduh macam-macam.

Mengikut pengalaman yang relax handle n kaji pasal orang bercinta ni. Tiada siapa salah sebenarnya. Salah diri sendiri.

Redha jelah lepas ni.

Sama ada mati sampai dulu atau jodoh dgn manusia sampai dulu.

Terdengar satu ceramah. Alam barzakh itu lagi luas. Macam alam ini juga. Tapi lebih luas.

Wallahu'alam.

Thursday, January 26, 2017

How to fix Unfortunately, the process com.android.systemui has stopped in phone.


Hello guys.. We will meet again in here.. My blog is relax tenang. I call myself Relax. Just call me relax.....

Okay,, I have Samsung Note 3 but My samsung faced a problem. The problem was my home button always show dialog box "Unfortunately, the process com.android.systemui has stopped."



So, how to fix this it???????

Don't worry, this is the solution:

No need to worry, this cause only because of sofware or app issue. Just go to play store and try to find google as picture below:


Then, just click uninstall. Picture above in my phone. I already uninstall this app. If you click uninstall this app. It will as to uninstall update for this goole or not. Just click ok or yes.

After you have done it, supposely you have fix this problem.

CONGRATULATION YOU HAVE SOLVE THIS PROBLEM. 

Sorry for my bad english. Lalalala... 



Malay version.

Semenjek dua menjak ni relax hadapi masalah dengan phone relax. Masalah dia ialah apabila relax tekan button home dia selalu ada keluar error "Unfortunately, the process com.android.systemui has stopped."



Jadi, relax tertanya juga la kenapa mesti keluar error ni. Padahal sebelum ni okay je button ni. Selepas di kaji dan di teliti masalah nya, relax dapati masalah ini terjadi adalah di sebabkan oleh relax update satu app. 

App tersebut ialah App Google seperti dalam gambar di bawah:


Untuk selesaikan masalah ini, korang kenalah uninstall update untuk app tersebut. Tak susah pun ikut je step yang relax bagi di bawah:

  1. Buka Play store.
  2. Cari App seperti gambar di atas.
  3. Tekan button uninstall. 
  4. Selepas app ni selesai uninstall. Korang check la balik phone korang sama ada masalah sebelum ni ada lagi tak. 
Note:

Jangan risau nama je uninstall, sebenarnya dia hanya uninstall update untuk app ni Sebab app ni mana boleh buang default application untuk phone kita. Sebenarnya boleh nak buang tapi panjang cerita nak tulis dalam ni.

Kalau jadi lagi, korang restart la phone korang. Kalau jadi lagi, korang komen bawah ni. Let me know okay...

Sekian post relax untuk kali ini.

Sekian daripada ku.

Tajuk lain untuk tajuk ini:
1. How to fix  Unfortunately, the process com.android.systemui has stopped in phone.
2. Cara selesaikan masalah  Unfortunately, the process com.android.systemui has stopped dalam phone.
3. How to solve  Unfortunately, the process com.android.systemui has stopped in android phone.

Sekian...

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!