Wednesday, October 25, 2017

Drop down list in excel


Selamat malam, pagi dan tengahari semua. Hari ni relax nak berkongsi dengan korang sedikit pasal satu ilmu yang relax pelajari di tempat kerja relax. Relax buat semata-mata sebab malas nak key in data pekerja yang sama setiap kali dalam excel.

Jadi relax carilah macam mana tak nak key in data yang sama dalam excel. Lagi satu memudahkan sebab tak payah dah nak risau type-type bagai sebab dah tersedia datanya semua dalam ni. Hanya pilih melalui mouse sahaja data-data tersebut. Senang dan mudah.

Ilmu yang relax nak ajar korang ni ialah macam mana nak hadirkan list di dalam excel. Atau dalam English nya "How to make drop down list in excel".

Okay kita saksikan tutorialnya di bawah.

1. Korang buka excel korang dan pilih petak yang korang nak hadirkan list tersebut di dalam nya.



2. Okay sebelum relax terlupa, korang buat dahulu satu data untuk di munculkan di drop down list yang bakal korang hasilakan nanti. Contohnya seperti dibawah, relax nak hadirkan yes dan no untuk drop down list relax nanti. Jadi relax type asing yes dan no tersebut seperti di bawah.


3. Selepas dah pilih petak mana yang korang nak buat list tadi. Korang pilih data di tab atas lalu korang pilih data validation.


4. Bila korang tekan je data validation akan keluar drop down list macam di bawah. Korang tekan lah data validation.


5. Korang tekan data validation, akan keluar pop up seperti gambar di bawah. Di label allow, korang pilih list dan click ok.


6. Selepas tu korang pilih di label source data yang akan ada di drop down list. Macam relax, realx pilh yes and no la sebab data relax ialah dua ayat ni.


7. Korang boleh tengok dalam gambar di bawah, relax pilih Yes dan No yang relax buat tadi untuk label source.


8. Siap je korang pilih data tadi, korang click lah ok. Jadi lah seperti di dalam gambar ye.


9. Ok siap sudah tutorial kita. Macam-macam lagi boleh buat sebenarnya guna excel ni. Relax ajar dahulu benda basic ni. Lepas ni tiada aral melintang relax ajar korang yang lebih advance lagi.

Sekian daripada relax.

Majulah blog ku demi kamu semua.

Pai.


No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!