Wednesday, December 05, 2012

Muntah dan cirit birit membawa maut




Salam perkenalan kepada orang yang baru perasan kehadiran blog ni.

Benda pelik, memang pelik, tak pernah lagi relax tengok orang kena cam ni. hehe….

Disebabkan kepelikan inilah membuat diri ku bertanyakan kenapa jadi begitu. Cerita bermula apabila diri ku terjumpa satu kes yang pelik. Tak habis-habis pelik, mesti korang tertanyakan apa yang pelikkan.

Hehe, Tak tau dah nak cerita cam ne….. Korang baca je lah bawah ni……



Problem statement:

Orang pertama kena macam dekat bawah:
-Symptoms pertama (days 1): Pening rasa macam nak muntah (memualkan, lebih kurang macam orang yang nak dapat baby)..
-Symptoms seterusnya (days 2): Pening dan rasa nak muntah+ sakit perut sikit + cirit birit + muntah…
-Seterusnya dia pergi klinik dan doctor cakap salah makan.

Selepas orang pertama sembuh, symptoms ini berterusan dekat orang number 2 lak:
-Orang number 2 ada penambahan symptoms iaitu kebas anggota badan dan kekejangan otot (maybe dia muntah banyak sangat kut).

Selepas orang number 2, symptom ni kena pada orang number 3 and 4 pulak tetapi tiada penambahan symptoms .



(orang kedua ada symptom tambahan sebab masalah ubat yang klinik bagi, tak tau la betul ke tidak, doctor la kata cam 2.... so berhati-hatilah beli ubat ye saudara saudari sekalian)


Objective:

Mengkaji apakah penyebab kepada masalah ini. Kalau salah makan or keracunan makanan tak silap relax, kena semua serentak terus dan bukan berjangkit-jangkit macam ni.


Discussion:

Boleh jadi penyebab kepada masalah ini ialah food poisoning or mungkin acute gastroenteritis(orang kata la). Then, yang boleh berjangkit mungkin di sebabkan oleh tandas. Perkara ini berlaku apabila orang pertama yang kena infection muntah or buang najis dalam tandas, ada kuman dalam tandas tadi. So, orang kedua pun masuk. Jadi berjangkit la kat diorang masalah food poisoning yang di hadapi orang pertama tadi.  Perkara ini berterusan sehinggalah kepada orang ketiga dan keempat


Untuk masalah kebas anggota badan dan kekejangan otak lak:

Teori 1: Garam dalam badan kurang. Di sebabkan itu, otot tak dapat berfungsi dengan baik. So, berlakulah masalah kekejangan dan kebas angota badan. Garam or mineral dalam badan berkurangan di sebabkan oleh muntah dan cirit-birit. Untuk mengelakan masalah ini kena la makan air garam seperti gambar di bawah. Selalunya kalau pergi hospital, dia masukkan air dalam badan.





Info tambahan,
Kalau korang kena muntah-muntah dan cirit birit selalunya klinik akan bagi air garam kat korang untuk korang minum untuk memberi mineral dalam badan korang kembali seimbang.


Teori 2: Bila kita muntah, kita akan keluarkan air dan electrolyte seperti sodium potassium. Kalau electrolyte tak balance akan ada masalah untuk muscle contraction. Untuk pengetahuan korang sodium potassium di gunakan dalam action potential dan sebagainya.

Info tambahan,

Muntah boleh bawa maut jika kita dapat hypovolemic shock. Fluid kurang dalam badan, disebabkan itu darah kurang, seterusnya akan ada masalah kegagalan jantung.


Conclusions:

Food poisoning boleh berjangkit dengan pelbagai cara seperti melalui najis, muntah dan sebagainya. So, jika ahli keluarga korang or kawan korang kena food poisoning berhati-hati lah yooo. Selain itu, muntah dan cirit birit juga boleh membawa maut kerana mineral or fluid dalam badan berkurangan.


Recommendation:

Berhati-hatilah masa makan. Pastikan makanan anda tidak tercemar. Selain itu banyakan minum air jika korang hadapi masalah ni (xnak bagi dehydrate). Paling penting jaga kebersihan, cuci tangan. Tuntasnya, buat la apa pun yang boleh mencegah kuman dari terus merebak.


Info tambahan,

Kebas dan kekejangan otat merupakan tanda awal menunjukkan mineral or fluid dalam badan korang kurang (untuk kes food poisoning). So, kalau korang hadapi masalah di atas, cepat-cepat lah pergi hospital. Biar diorang masuk air dalam badan or sewaktu dengannya.


Sekian info dan penganjaran dari ku, sihat-sihat la selalu saudara saudari sekalian…

Terima kasih ku ucapkan kepada Doctor, bakal doctor dan nurse di atas pemberitahuan kalian terhadap ku tentang hal ini. Terima kasih banyak-banyak ku ucapkan.

Relax-relax selalu….

Pai…


Sumber tambahan: 
http://www.ebmedicine.net/topics.php?paction=showTopic&topic_id=229
Apa itu Gastroenteritis
Bacterial gastroenteritis 
Tentang Gastroenteritis

8 comments:

  1. Skit perut yg kejap ada..kejap xada tu mcm mna pulak ye??? Dlm masa yang sama...cirit birit dan muntah.....

    ReplyDelete
  2. eermmm mungkin keracunan makanan sebab ad ciri birit dan muntah.

    ReplyDelete
  3. info berguna ni..tq

    www.azlindaalin.com

    ReplyDelete
  4. Saya 1 family baru kena, lepas sorang sorang..bkn dlm 1 masa yg sama...

    ReplyDelete
  5. berjangkit la tu. kn bawa pergi jumpa doktor tu...

    ReplyDelete
  6. Sye kena gak..dokter ckp tu virus rota

    ReplyDelete
  7. oh yaka. sy pergi hospital dia ckap keracunan ja. bg ubat terus sembuh.

    ReplyDelete

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!