Tuesday, December 17, 2013

Kembalikan persoalan kepada Allah


Salam ku hulur kepada hamba Allah di luar sana, tok tok tok.. Assalamualikum, mohon buka hati korang untuk menerima perkara di bawah.


Suka pula relax dengan ayat copy paste di bawah. Pendapat daripada sinar hidup tentang _______ (Cari sendiri tentang apa)


"Andai kata kebenaran itu menuruti hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi ini, dan semua yang ada di dalamnya. Bahkan kami telah memberikan peringatan kepada mereka , tapi mereka berpaling dari peringatan itu". {Surah Al-Mukminun : Ayat 71}


Maka jelas bahawa jika manusia memulangkan banyak persoalan kepada diri mereka sendiri, pastinya persoalan itu akan dijawab oleh nafsu mereka semata-mata.Jawapan mereka pasti akan menjurus untuk menyelamatkan diri mereka dan cuba membenarkan apa yang mereka sedang lakukan.Jawapan yang ingin merasakan diri mereka selamat dan sedang berada pada landasan kebenaran.Hati mereka terasa tenang pada zahirnya.Padahal jauh di sudut hati mereka tahu itu adalah satu kesalahan,percayalah ini sedang banyak berlaku di sekeliling kita.Jika kita bermuhasabah diri, InsyaAllah perubahan berlaku pada diri ini..


Cuba korang baca dan fahamkan pendapat daripada sinar hidup. 

Di sebabkan itu, andai ada persoalan apa-apa berdoa lah kepada Allah supaya di temukan jawapan bagi persoalan tersebut. Untuk persoalan yang sukar di jawab manusia la ye. 

Korang juga di galakkan berdoa kepad Allah kalau banyak jawapan yang korang dapat bagi satu soalan. Seterusnya korang pening nak pilih jawapan yang mana. Di waktu ini, berdoa lah kepada Allah untuk di temukan jawapan bagi soalan tersebut. Dia kan maha mengetahui.

Sekian peringatan dari ku.

Mohon sedarkan diri ku andai relax silap.

Pai..


No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!