Sunday, June 23, 2013

Perempuan cantik menakutkan diri ku.


Bertemu kita kembali di dalam rancangan relax dan tenang yang di hoskan oleh saya relax. 

Di malam yang tak berapa nak malam ni, bermula jam 9:56PM pada tarikh 23 JUN 2013, saya bakal mengupas tajuk yang sesangat lah popular di masa ini iaitu putih, hitam dan sedang-sedang. 

Ooohhh maaf kan saya, terlupa pulak diri ku hendak memberi salam.


Assalamualaikum sahabat-sahabat, kekasih hati, dan saudara-saudara ku di luar sana.

Sebelum relax menyampaikan apa yang relax nak sampaikan ni. Ketahuilah korang ini ialah blog ku.........(tak tau dah nak tulis apa. Haha).


Tajuk untuk hari ini sebenarnya ialah Perempuan yang lawa itu menakutkan diri ku.

Serius ini hakikat dan bukannya menipu atau pun auta. Semenjak dua menjak ni terjumpa banyak perempuan yang lawa-lawa. Ok, bukan niat nak melihat pun sebenarnya. Cuma menjelajah di blog-blog orang untuk  membaca artikelnya dan ternampak muka-muka lawa ni. (Percaya tak percaya ikut suka korang la yo.. haha)

Bila ternampak je muka tu, terus hati ku rasa lain macam. Rasa tak tenteram, serius memang relax tak suka sangat perasaan-perasaan macam ni. Memang tipu la kalau relax tak penat membetulkan hati ni kembali. Mungkin dugaan untuk diri ku. Perlu diri ku hadapi dengan penuh tabah.

Nak yang perempuan yang lawa tu pula menutup litup betul-betul auratnya. Lagi lah hati ku rasa terketuk-ketuk. Dah rasa macam kena ketuk dengan 10 tukul besi. Lagi sekali diri ku penat mengeraskan hati ku bagi mengelakkan hati ku di tembusi. Perempuan yang sebegini menakutkan diri ku, sekali pandang hati ku rasa tak tenteram. Relax pun tak tau apa sebabnya. Serius, perempuan yang sebegini lagi menakutkan diri ku.

Memang dugaan betul. Sabar lah wahai hati.



Di sebabkan itu, relax menyeru kepada orang di luar sana supaya mengurangkan upload gambar-gambar kalian di laman internet ni yo. Kesian lelaki di luar sana, penat diorang menundukkan pandangan mereka. hehe..


Tapi sebenarnya, diorang yang upload gambar menutup aurat tu mungkin tak apa, sebab menutup aurat kan. Yang salahnya ialah pihak lelaki, sebab tak pandai menundukkan pandangan mereka.


Di sebabkan itu juga, relax menyeru pula kepada kaum adam supaya menundukkan pandangan anda. Sesungguhnya dari mata itu turun ke hati. So, pandangan mata itu sangat penting untuk di jaga bagi mengelakkan hati yang bersih menjadi kotor. (Antaranya)





Membaca Al Quran dan berzikir ialah salah satu cara untuk membetulkan hati. (dan banyak lagi)


Tuntasnya, jaga hati, jangan lakukan kemungkaran. Insha Allah kita tergolong di kalangan orang-orang yang beriman.

Sekian dari ku,

: )

No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!