Thursday, June 20, 2013

Cinta datang dan pergi


Assalamualaikum kepada saudara ku di luar sana dan salam sejahtera kepada manusia di luar sana.

"Hatiku masih resah, resah bila memikirkan diri mu yang kian jauh dari ku. Adakah ini penyudahnya hubungan kita. Hubungan yang terbina bertahun lamanya kini semakin pudar. Adakah kau sedar hakikat itu?"


Ok, kita lupakan ayat di atas, fokus ayat di bawah pula. Selamat memahami ku ucapkan.


Cinta datang dan pergi,
Di saat pergi,
Ke manakah ia,
Di saat datang,
Dari manakah ia,
Satu sifat yang hanya boleh di rasai,
Tanpa sedar,
Mengalir di dalam diri,
Beruntunglah siapa yang dapat merasainya, (rasa macam pernah buat dah ayat ni)
Di samping menjernihkan hati,
Ia juga mampu merosakkan hati,
Ini semua kita yang tentukan,

Dunia ini satu persinggahan,
Persinggahan dari perjalanan ke abadi,
Di hujung jalan di manakah kita,
Pernah terfikir kah kita?
Persinggahan ini membuat kita lupa,
Persoalan dari mana,
Tujuan apa,
Siapakah kita,
Sedih,
Kita lupa segala-galanya,


Bertapa rapat antara kau dan aku,
Kerana  di sini kita berjauhan,
Dalam berjauhan aku tahu kau ada,
Aku tahu kau di mana,
Tetapi sayang,
Kau tidak dapat ku capai,

Ingin benar dapatkan diri mu,
Seperti mana dahulu,
Indah dan tenang ku rasakan,
Kembalilah,
Kembalilah kepada ku.

Kasi senyum dulu J
Hehe,
Duduk saja-saja, tiba-tiba keluar ayat di atas. (Yo la tu)

Kata akhir dari ku:
Hati ini perlu di jaga, kerana ia lah penghubung antara kita dengan penciptanya.

Sekian dari ku,
Relax tenang.
Pai…



No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!