Thursday, January 15, 2015

Fakta yang perlu kita tahu tentang kahwin dan tunang


Assalamualaikum,


Kahwin dan tunang

Antara dua ni yang mana paling bagus dan paling bahagia bagi korang?

Bagi diri ku, yang paling bahagia ialah perkahwinan.

Ini kerana dengan perkahwinan kita boleh selalu bersama pasangan yang di cintai, boleh bersama setiap masa malam dan siang. Boleh selalu berkasih sayang, boleh selalu berpegangan tangan, membahagiakan sesama sendiri. Boleh berkepit di kalanyak ramai tanpa bualan jahat daripada orang dan banyak lagi perkara yang boleh di lakukan setiap hari. Jika sesibuk mana pun lelaki atau pun perempuan, pasti ada waktu untuk bersama.


Berbeza dengan tunang.

Banyak benda tidak boleh di lakukan, tidak boleh bersama selalu, perlu menahan rindu di dada, perlu menahan diri daripada berpegangan tangan dan banyak lagi lah benda perlu di tahan. Mesti terseksa bukan sebab kena tahan daripada lakukan banyak benda. Itulah fakta tentang tunang atau pun kebenaran tentang tunang. Jika sibuk lelaki atau pun perempuan, tidak boleh bersama kerana duduk asing-asing.


Jadinya jika anda bertunang, terimalah hakikat ini: 

ANDA TIDAK BOLEH SELALU BERSAMA KERANA ANDA MASIH BERTUNANG DAN BUKAN BERKAHWIN. DUDUK PUN ASING-ASING DAN MASIH BELUM HALAL. SO, DI WAKTU BERTUNANG, ANDA PERLU BANYAK BERSABAR MENAHAN KEINGINAN UNTUK BERSAMA. 

KEYWORD NYA SATU JE: BERSABARLAH SEHINGGA KORANG DI IJAB KABUL KAN. 

Bersabarlah menahan keinginan. Sabar sikit je lagi sebab bertunang selalunya lagi sekejap tempoh masanya daripada berkahwin. Bila dah kahwin berkasih sayanglah sampai ke akhir hayat.


Itulah hakikat yang perlu korang terima wahai manusia di luar sana.

Itulah sebabnya kita di galakkan berkahwin kerana kahwin mempunyai banyak kebaikkan. Kahwin juga menghalalkan sesuatu perhubungan. So, kepada yang dah mampu tu, jangan tunggu lagi, pergi lah berkahwin. Yang mana tak mampu tu, bersabarlah dahulu sebelum anda berkahwin.

Memang agak pahit fakta ini, tetapi inilah kebenaran dan hakikatnya.

Tegur ku andai ku salah wahai kalian,

Selamat berfikir.


No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!