Monday, July 01, 2013

Mengapa perlu berpurdah?


Salam dan moga korang sihat-sihat selalu dan di bawah rahmatNya.

Penat otak, penat memikirkan jawapan untuk final MAT424 tadi. Soalan tadi memang memerlukan menggunakan otak sepenuhnya. Tiada masa untuk relax tadi, sekali buat sesuatu soalan memang kena betul terus sebab tiada masa untuk menyemak. Bagus, anda memang terbaik wahai pembuat soalan.


Habis exam tadi, merayap sorang-sorang di Jusco untuk menghilangkan mood jawab exam tadi. Dalam duk relax-relax tiba-tiba terjumpa pulak insan tersayang. Tersenyum hati girang tak terkata. hehe... (Ok, ayat ini hanya saringan je, lupakan je la.. hanya nak banyakkan patah perkataan je...) 


Ok kita bincang serius pulak kali ini. Setelah sekian lama ku mendiamkan diri, kerana tiada isu yang hendak ku bangkitkan. Kini, satu isu telah ku temui. Isu tersebut ialah tentang berpakaian purdah oleh kalangan wanita di masa kini.

Secara jujurnya, relax tak ada masalah untuk perempuan yang berpakaian purdah ni. Berpurdah itu dapat mengelakkan pandangan liar para lelaki. Di samping itu, orang berpurdah juga dapat mengelakkan diri dari di ganggu oleh orang lain dan lain-lain. (Pikir sendiri, sebab kebaikan pemakainnya sesangat lah banyak).


Tetapi sayang, ada sesetengah manusia hanya pandai menutup mukanya tetapi tidak pandai menutup badannya. Orang sebegini telah merosakkan mahkota yang di jaga oleh orang berpurdah.
............................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................ tak payah rasanya buat karangan ni sebab tak nampak sangat isi yang hendak di sampaikan. Lebih baik tulis ayat-ayat pendek macam di bawah.


Berpurdah itu bagus,
Berpurdah itu menjaga kehormatan,
Sungguh banyak kebaikan bila memakainya,
Mata liar lelaki dapat di elakkan,
Ganguan lelaki dapat di elakkan,
Alangkah indahnya si pemakai purdah,
Anda bebas dari di ancam,

Tetapi sayang,
Ada segelintar orang merosakkan semua ini,
Mereka hanya menutup muka,
Tetapi tidak badan mereka,
Perlakuan mereka tidak dijaga,
Mengapa mesti begitu,

Anda pembawa imej,
Imej seorang muslimah,
Mengapa mesti di rosakkan,

Ayuh kita ubah,
Tutup badan dan muka,
Bukan salah satu dari nya,
Perlakuan itu harus di jaga,
Baru di panggil wanita muslimah,
Di rahmati diri Nya...
Mudah - mudahan...

Sekian penyampaian dari ku...

Relax dan tenang...

Pai...

No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!