Thursday, July 11, 2013

Mengapa hati buta???


Salam sejahtera dan Assalamualaikum manusia di luar sana.

Seperti artikel yang lepas-lepas, menjelajah alam maya dan seterusnya terjumpa dengan satu gambar yang menerangkan mengapa doa kita tidak di makbulkan. 

Gambar tersebut menceritakan tentang seorang ahli tasawuf iaitu Ibrahim bin Adham yang di datangi orang ramai ketika beliau ke pasar Basrah, ada di antara mereka bertanyakan mengapa doa mereka tidak di makbulkan sedangkan mereka selalu berdoa kepada Nya. Lalu beliau menjawab "Kerana hati kamu buta di sebabkan 10 perkara." 


Bawah ini lah sepuluh perkara yang di sebut oleh beliau:-

1. Kamu mengenal Allah s.w.t. tetapi kamu tidak tunaikan hak Nya.

2. Kamu mencintai Rasulullah s.a.w. tetapi menolak sunahnya.

3. Kamu membaca Al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.

4. Kamu makan nikmat Allah s.w.t tetapi kamu tidak mensyukuri Nya.

5. Kamu berkata syaitan itu musuh kamu tetapi tidak menentangnya.

6. Kamu berkata bahawa syurga itu benar tetapi tidak beramal untuknya.

7. Kamu berkata bahawa neraka itu benar tetapi tidak lari daripadanya.

8. Kamu berkata mati itu benar tetapi tidak bersedia baginya.

9. Kamu bangun dari tidur dan menceritakan keaiban manusia tetapi lupa keaiban sendiri.

10. Kamu kebumikan mayat tetapi tidak mengambil iktibar daripada mereka.


Ringkasannya, hati kita buta kerana 10 perkara di atas dan di sebabkan itu doa kita susah nak di makbulkan. 

Inilah rujukan ku, siapa punya gambar entah. 
Relax ambil je. Jangan marah si pembuat gambar. hehe


Kalau kita teliti betul-betul ayat di atas, dapat di ketahui di sini sesungguhnya setiap perkara yang kita lakukan haruslah seiring dengan yang di dalam. Tanpa seiringan tersebut, amalan kita akan menjadi sia-sia. Dalam erti kata lain, kita hanya melakukan tetapi tidak dapat hasilnya.

Kata akhir dari ku,
Jagalah hati, jangan biar ia rosak.

(Hanya Allah yang mengetahui benar atau tidak sesuatu itu)

Sekian dari ku,

Relax-relax selalu,

: )

Nama lain untuk tajuk ini,
Mengapa doa tidak di makbulkan ?
Hati buta sebab sepuluh perkara ?

No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!