Thursday, July 11, 2013

Janganlah bersedih di saat diri di uji.


Salam perkenaan dan salam keharmonian buat insan di luar sana.

Di saat diri lelah dengan dugaan, di saat diri di uji dengan pelbagai rintangan. Hati tak keruan memikirkan "Mengapa diri ini di uji sedemikian rupa". Titisan air jernih turun membasahi pipi dek kerana tidak tahan di uji. Di saat ini, hanya Kau dan aku mengetahui bertapa peritnya diri ini. Sebagai hambanya, kita perlu redha dengan ketentuanNya. Tetapi semua ini terubat kerana terjumpanya ayat di bawah:-



Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada besertanya: "Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).
   (Surah Al Baqarah, ayat 214)


Di saat diri di timpa dugaan atau ujian, ingatlah ayat di atas ye.

(Hanya Allah yang mengetahui yang sesuatu perkara yang benar atau tidak)

Sekian dari ku,

I'm not a writer.

Pai.


Tajuk lain untuk artikel ini:-
Pengubat hati yang lara.
Di saat diri di uji.

No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!