Monday, July 29, 2013

Bahayanya mendedahkan email kepada orang ramai


Salam ku hulur buat insan di luar sana.

Assalamualaikum.......

Lama juga relax menghilang dari dunia blogger ni nampaknya. Bukan apa, mencari idea untuk menulis. Hehe, sebenarnya banyak kali dah nak update blog ni tetapi tak jadi update sebab idea datang sekejap-kejap je. Cerita dia macam ni: Tulis satu artikel, start dari awal, sampai je pertengahan penulisan takda idea nak tulis apa. Perkara ni terus berulang-ulang untuk artikel seterusnya. Itu pasal la tak update blog ni... hehe... (Idea datang sekejap-sekejap aje)

Sekian pemberitahuan ku kepada kalian di luar sana.


Hari ni 30 July 2013, relax membuka internet. Lalu ku tulis perkataan blogger. Email dan password ku masukan. Selepas itu button sign in ku tekan. Keluar lah tertingkap blog ku. Tanpa berlengah lengah dan membuang masa lagi, ku tekan button comment. Tiba-tiba, tiba-tiba, tiba-tiba..... jeng jeng jeng jeng......

Tiba-tiba nampak comment di bawah:-



Lepas je baca comment di atas, relax jadi pelik, kenapa anonymous ni punya comment lain macam sikit. Dia suruh relax reply dekat imail dia. Eeeerrrmmm dalam otak ada tanda '????????'. Sunggu pelik.

Lepas sekian lama berfikir, relax teringatkan satu perkara mungkin anonymous ni spam. Lalu ku siasat perkara ini. Dengan bermodalkan keyword 'nana7794@yahoo.com'. Ku bertanyakan kepada Mr Google tentang perkara ini. 

Hasil dari pertanyaan itu, akhirnya results yang relax dapat adalah seperti di bawah:-









Cuba tengok comments di atas, lebih kurang sama kan. Dia meminta korang reply comment dia dengan menggunakan email korang. Jadi, kalau ikut logik, bila korang reply email orang di atas secara automatic nya korang akan mendedahkan email korang dekat orang yang tak di kenali. 

Kalau korang pakai email yang fake untuk reply dekat dia tak apa la, macam mana kalau korang pakai email betul korang. Tak ke bahaya tu. (Nak pulak kalau orang di atas ialah spam)


Sebab apa bahaya?

1. Email entah apa-apa akan korang terima dari orang yang tak di kenali. Perkara ini sekali gus menyemakkan korang punya email. (Email tu tak penting langsung)

2. Email penting akan terlepas pandang apabila banyak email entah apa-apa ada.

3. Butir-butir peribadi korang akan di curi. 

4. Email korang terdedah kepada si pengodam. 

dan sewaktu dengannya.


Cara pencegahan:-

1. Asingkan email korang. (Satu untuk urusan rasmi, satu lagi untuk bukan urusan rasmi)

2. Jangan selamba badak je dedahkan official email kat orang.

3. Jangan juga dengan selamba reply email orang tak di kenali guna email official korang.

dan sebagainya.


Jadi, kalau korang terima email seperti di atas. Hati-hati la ye.

Kata akhir dari ku:
Jangan terlalu mudah mempercayai apa-apa yang ada di dalam internet.

Sekian dari ku,

I love you,
You love me,

Terima kasih...

: )
  
Pai..

No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!