Friday, April 18, 2014

Segalanya tentang cinta


Bangun tidur lepas tu bla bla bla bla... Saat jari ku menyentuh keyboard, ayat di bawah keluar. Segala puji dari Nya memunculkan kata di bawah untuk ku menulis di dalam ini dan seterusnya menyampaikan apa yang perlu. 


Cinta cinta dan cinta,

Segalanya tentang cinta,

Kerana cinta Allah diri ku di sini,

Berdiri teguh di kaki ini,

Tak takut di landa ombak dunia,

Kerana ku tahu,

Dia sentiasa berada di sisi ku,

Cinta,

Cinta kepada manusia,

Tidak ku nafi,

Kadang ku lemas di dakap cinta ini,

Rindu tak terkata,

Ingin bertemu dan bersama,

Diri ku tidak keruan,

Tetapi,

Ku sedar dari lamunan,

Cinta manusia harus di sandar kepada Ilahi,

Ini kerana Dia pemilik cinta itu,

Dia yang memberi cinta itu,

Ku pejam kan mata,

Ku lupakan segalanya,

Ku fokus kepada Ilahi,

Perasaan cinta manusia ku biarkan berlalu,

Ku cuba kembali dan dapatkan diri Nya,

Ku sekat cinta manusia,

Hindari ia dari terus merebak,

Menjadi racun-racun kepada diri ku,

Untuk ku dekat kepada Nya,

Wahai insan,

Wahai saudara se Islam ku,

Kembalilah di kau dari lamunan cinta manusia,

Ayuh kejar cinta Ilahi,

Cinta manusia harus di sandar kepada Al Haq,

Ini kerana,

Dia lah pemberi cinta tersebut,

Kejar cinta Nya,

Lakukan suruhanNya,

Tinggalkan larangan Nya,

Dia Dia dan Dia lah yang berhak di cinta sepenuhnya.


Macam selalu lah pembaca sekalian,

Andai diri ku salah, mohon tergur ye. Sesungguhnya diri ku insan biasa yang tak lari dari kesilapan. Kadang ku tak sedar, itu pasal lah teguran korang sangat penting buat ku.

Senyum-senyum dan terus senyum

Berfikir positive.

Ingatlah segala sesuatu berlaku atas ketentuan dari Nya.

Relax tenang.

Remember my name: Relax

K tata.


No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!