Friday, April 18, 2014

Saranan supaya sentiasa mengingati Allah


Ku tulis artikel memberi ingatan buat diri ku dan kalian. Menyedarkan diri ku dan kalian. 

Sebelum baca artikel ku, mohon bukakan hati buka kan minda, bersedia menerima satu ingatan tulus yang bukan dari ku, bukan dari siapa-siapa, tetapi daripada Allah SWT. 


Maha pengampun dan maha penyayang,

Dia lah Allah SWT,

Terasa di galakkan dan di sokong diri ini.

Di sokong oleh Dia maha agung,


Ini kerana:

Di dalam Surah Al-Ahzab ayat 41 - 43. (33:41 - 33:43)

Ayat 41:
Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah akan Allah dengan ingatan yang sebanyak-banyaknya. (Perbanyaklah mengingati Allah)

Ayat 42:
Dan bertasbihlah (sucikan) Dia pada waktu pagi dan petang.

Ayat 43:
Dia yang berselawat (memberi rahmat) kepada mu berserta malaikatNya, supaya Dia mengeluarkanmu dari kegelapan kepada terang benderang. Dia Maha Pengasih kepada orang-orang mukmin.


Di dalam surah ini kita di galakkan untuk sentiasa ingat Allah dan bertasbih. Kalau boleh selalulah ingat Allah. 

Kuncinya:
Sentiasalah berzikir.

Biar jasad kita berbicara dan melakukan benda dunia. Tetapi di sebalik itu, kita sentiasa mengingati Allah SWT. Dengan itu, barulah hati kita tenang dan sentiasa di bimbing oleh Allah SWT.

Sekian artikel kali ini.

Tegur ku andai ku salah.

Dia sahaja mengetahui sesuatu perkara itu benar atau tidak.

Relax tenang

:)

No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!