Tuesday, May 28, 2019

Mengapa pin bumi di plug lagi besar dan panjang daripada pin lain


Hai kembalik lagi kita dalam relax tenang blog.

Ku gelar diri ku relax. Jumpa luar just call me lex. Cheehhh nama orang putih ja tak nak kalah. Tapi cakap orang putih kelaut. Apa-apa jela wei..

Hari ni relax cuma nak kongsi sikit pengetahuan dekat korang. Pengetahuan  yang relax dapat setelah membaca buku-buku ilmiah dan baca dalam blog. Korang pernah tengok tak 3 pin soket 13A korang. 

Pernah perasan tak yang pin untuk bumi lagi besar daripada wayar hidup dan neutral. Pernah tak korang terfikir kenapa jadi macam tu. Haaa, ni lah sebab artikel ni di wujudkan, untuk memberitahu korang kenapa diorang cipta pin sedemikian rupa.

Baca bawah ni kalau korang nak tahu kenapa 3 pin untuk 13A soket macam tu.

Pertama sekali relax bagi intro dulu 13A 3 pin soket ni atau di dalam English nya di panggil 13A 3 pin plug top selalu di gunakan di dalam aplikasi elektik di rumah kita atau sebagainya. Paling senang korang nak tengok, korang boleh la pergi ke dapur dan tengok soket untuk masak nasi tu. Agak malas nak tengok korang boleh tengok sendiri plug top 13A 3 pin plug top seperti gambar di bawah.



Kita masuk kepada tujuan utama artikel ini di tulis iaitu menjawab soalan kenapa pin bumi lagi panjang daripada pin neutral dan hidup. Sebab apa?????

- Untuk memberi perlindungan kepada korang daripada electrik yang bocor. (Protect your body from electric leakage form the appliance). Jadi pin bumi panjang sebab untuk memastikan sesuatu sistem atau applikasi betul-betul di bumikan.

Apabila pin bumi lagi panjang daripada pin lain bermaksud pin bumi adalah pin yang pertama akan masuk di dalam sistem litar current dan pin yang terakhir yang akan di putuskan di dalam litar. Jadi grounding di dalam sesuatu litar akan sentiasa ada dan melindungi si pemakai daripada terkena renjatan elektrik jika berlaku kebocoran di dalam sesuatu aplikasi rumah dan sebagainya.

Sebab pin bumi besar pula adalah kerana untuk memastikan tiada kesalahan tersilap memasukkan pin bumi di dalam soket neutral ataupun elektrik. 

Untuk pengetahuan korang pula, jika tengok betul-betul socket 13 A live seperti di dalam gambar di bawah. Pin live dan neutral hanya boleh di masukkan jika pin bumi masuk di dalam socket bumi. Inilah adalah kerana untuk memastikan dan memberi perlindungan kepada si pengguna darpada kena renjatan electrik yang bocor kepada aplikasi yang di gunakan.



Sekian perkongsian relax dekat korang. Maaf jika bahasa agak rojak, almaklumlah sesuatu perkara susah kadang-kadang jika nak terang di dalam melayu ni. Hehehe..

Pai pai..


Juga boleh di namakan:-
Why is the earth pin on a three pin plug made bigger that the others.
Kenapa pin bumi lagi panjang daripada pin neutral dan hidup.

No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!