Monday, May 21, 2018

Ubat untuk tekanan atau depress...


Hai semua, hari ni relax nak kongsi sikit satu penulisan seseorang. Korang tengok jelah sebab relax rasa penulisan ini berguna untuk mereka yang rasa diri tertekan saat ini. Atau English nya Depress.

*%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*

Hari ini ialah hari ke 34 jari ku patah dan masih belum sembuh. 





Bleh dikatakan waktu yang agak lama diri ku berehat dan tidak buat apa-apa. Boleh dikatakan 34 hari diri ku jadi seorang yang pasif. Aku boleh dikatakan seorang yang aktif, jarang lah duduk rumah ja. Ada ja benda yang aku nak buat. 

Jadi sepangjang tempoh tu, aku belajar banyak benda. Bertapa penting nya segala anggota badan kita ini. Semua mempunyai fungsi yang tersendiri. Lumuh, hilang atau rosak salah satunya membuatkan kita menghadapi kesukaran. 

Itulah apa aku rasa sekarang ini. Rasa murung, sedikit tekanan, haha banyak lagilah benda ku rasa. Sampai satu ketika ada juga terlintas nak makan panadol banyak-banyak biar tak sedar diri. Ini serius aku cakap. Nak-nak pula pergi hospital cek jari, doctor bagi panadol je. Banyak pula panadol aku dekat rumah ni. 

Manakan tidak, nak kahwin bulan Jun 2018 ni. Tangan tak ok lagi, ditambah pula syarikat relax kerja dah tak bagi MC dekat relax walau relax ada MC daripada Dr. Katanya MC aku dah habis. Disuruhnya aku ambil anual leave aku yang hanya ada 6. Habis Anual leave disuruhnya aku ambil cuti tanpa gaji. Cuti tanpa gaji ni lagi lah aku rasa tertekan. Manakan tidak, banyak benda memerlukan duit di saat ini. 

Dapatlah rasa tertekan tu macam mana. Dapatlah merasai pening tu macam mana. Tapi boleh buat apa lagi, berdoa banyak-banyak agar diri ini pulih dan kembali seperti sedia kala.

Mungkin saat ini Allah nak uji diri dengan kalimah "TIADA UPAYA MELAINKAN ALLAH, SETIAP BERLAKU ATAS KETENTUAN ALLAH." 

Kita kata kita pegang dengan sesuatu perkara. Jadi untuk mengetahui benarkah kita pegang dengan perkara tersebut adalah dengan ujian. Ini lah hikmah yang aku nampak.

Harap kita semua tabah dengan segala ujian Dia.

Relax-relax, saat rasa nak makan panadol banyak tu, aku terfikir, saat makan tu macam mana aku mati seterusnya macam mana keadaan aku di sana nanti. Bunuh diri dikira tu, tak dapat diterima Allah segala amalan ku nanti.

Jadi mereka yang di luar sana, bila rasa tertekan sangat, janganlah buat kerja bodoh, seperti bunuh diri ka dan sewaktu dengannya.

Saat rasa tertekan, ingatlah Allah adabersama kita. Tibamasa kita kembali kepada pencipta kita.

Akhir kalam, 

Sematkan dalam hati kalimah Allah. 

*%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*

Oklah sekian daripa relax...



No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!