Sunday, September 07, 2014

Apakah itu nafsu?


Salam ku hulur kepada pembaca sekalian. Hello ku ucap mengikut budaya barat. Apa-apa jela. Jom berbicara tetang nafsu.



Apabila berbicara tentang nafsu. Apakah nafsu itu? pernah terfikirkah di dalam diri. 

Pada pengetahuan ku, nafsu itu ialah keinginan. Keinginan nak belajar, keinginan nak makan dan terus makan, keinginan nak kepuasan, keinginan nak kebaikan dan sebagai lagi keinginan.

Jadinya nafsu ini satu je sifat dia. Nafsu ini sebenarnya liar. Pernah bukan anda mendengar cerita tetang nafsu yang tidak mahu tunduk kepada Allah dan nafsu hanya tunduk di hadapan Allah setelah di bakar beberapa kali di dalam neraka. 

Makna nya nafsu itu memang sukar di tundukkan dan memerlukan mujahadah yang sangatlah hebat untuk menundukkannya. Tetapi tak mustahil menundukkannya bagi semua manusia. Usaha dan tawakal itulah kunci untuk menundukan nafsu wahai saudara seIslam ku.


Andai muncul sesuatu keinginan yang buruk, haaaa tahulah kalian bahawa itulah nafsu yang perlu di benteras dan di lawan. Nafsu itu perlu di kawal dan perlu di sekat. Belajar kurung nafsu itu dan bukan sering mengikut kehendaknya. 

Jika nafsu itu sentiasa di turut kehendaknya. Maka makin liarlah nafsu itu. Makin menjadi-jadilah nafsu itu. Makin kuranglah penggunaan akal manusia kerana nafsu mengawal akal bukan akal mengawal nafsu. Akal pula di kawal hati. Makanya baik hati itu, baiklah tindakkan kita. 

Berdasarkan kata ku di atas, dapat di ketahui kini bahawa semuanya datang daripada hati. 

Jadi, itulah pasal istiqfar dan zikir harus di jadikan mainan. Mainan di sini bermaksud selalu mengamalkannya. Di amal pula dengan pernuh istiqomah dan tawaduk. 


Jadilah sahabat hati dan bukan sahabat nafsu. Sering ikut kata hati yang bersih itu dan bukan nya nafsu. 

Dengan izin Allah berjayalah kita mengawal nafsu.

Sekian bicara nafsu daripada ku.

Relax.

Begitulah apa yang ku tahu,

Pai.

Tegur ku andai ku salah.



No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!