Tuesday, September 02, 2014

Jalan kembali sentiasa ada untuk mereka yang hidup


Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang di rejam.

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Pembuka bicara untuk bulan sembilan ini. 


Beruntunglah pembaca sekalian masih di beri nyawa untuk hidup di bumi Allah ini. Masih di beri peluang oleh Allah untuk melakukan amal ibadah kepadaNya dan membetulkan kesilapan diri. 


Setiap berlaku ada hikmahnya kerana Allah maha pengasih dan maha penyayang. Maha tau bukan penyayang dan pengasih biasa tetapi maha. Faham tak maha. Agak tak tau apa maksud maha, tanyalah Mr Googgle. Ooopppsss sorry, tengoklah kamus dewan daripada betanyakan kepada Mr Googgle.


Apabila belaku sesuatu musibah atau pun dugaan. Cuba pejamkan mata, renung kembali apa yang telah kita buat. Mungkin Allah nak bagi tau kita sesuatu. Tetapi Dia tak bagi tau secara terus. Di lakukan sesuatu untuk memberi tahu kita. 

Mungkin kita dahulu buat sesuatu yang menyebabkan berlakunya musibah tersebut. Jadinya bawa bertenang dan kembali lah kepada Allah. Mohon ampunlah kepada Allah dan ingatlah Allah selalu. 

Sebagai contoh, mungkin kita ada tertinggal solat. Selepas itu Allah turunkan bala. Menyuruh kita teringat kembali kepada Nya. Jadinya, kita solat lah balik. (Relax harap korang faham lah apa yang hendak ku sampaikan).


Satu peringatan:
Kejadian yang sama akan terus berulang jika kita tidak mengambil pengajaran daripada kejadian yang lepas. Sebagai contoh, kita gagal di dalam peperiksaan. Lalu kita sedih sangat. Kita renung dekat mana silap kita. Lalu kita sedar, kita ni malas sewaktu dahulu.. Jadinya sekarang ini kita rajinkanlah diri kita. InsyaAllah tak gagal dah. Melainkan kita malakukan kesalahan yang sama iaitu masih lagi malas di masa ini. Dah malas, mestilah gagal. 

(Ini contoh, begitu juga kejadian lain. Perkara lalu akan terus berulang jika kita masih melakukan sesuatu perkara lalu yang menyebabkan berlakukanya sesuatu perkara atau pun musibah)


Andai melakukan sesuatu kesalahan kepada Allah, mohon ampun lah kepada Allah dan cuba tidak melakukan perkara tersebut kembali. Ingatlah, cuba tidak melakukan kan, cuba sedaya upaya tidak melakukan. 

Di dalam kita mencuba itu, kita melakukan juga perkara itu, mohon ampun balik kepada Allah. Allah kan maha pengampun. 

Hidup ini satu perjuangan dan kitalah perjuang itu, andai jatuh bangun lah kembali. Bukan terus jatuh dan terus tersungkur. Seterusnya give up. 

Menjerit di dalam diri kalimah Allah dan jangan give up. Syaitan suka orang yang give up ni. Allah pula suka kepada hambanya yang berusaha berubah dengan bersungguh sungguh dan selalu ingat Dia. Lebih baik mati daripada mencuba sedaya upaya menjadi baik daripada mati di dalam diri kita yang give up.

Jalan kembali sentiasa ada selagi kita hidup, selagi nyawa belum di tarik. 


Bukan bebilan bukan juga berletiaq tetapi satu nasihat dan peringatan untuk diri ku dan juga saudara seIslam ku di luar sana.


Allah maha besar.

Relax tenang.

Tegur ku andai ku salah.

Relax aja.


No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!