Sunday, September 21, 2014

Berbicara dan terus berbicara


Salam ku hulur assalamualaikum pembuka bicara.


Pedih lidah berkata-kata,

Tidak kah kau sedar,

Lidah itu lagi tajam daripda pedang,

Menyusuknya ke dalam hati,

Tiada terlihat,

Tetapi lukanya pedih,

Meninggalkan kesan,

Yang tiada terlihat di mata zahir itu,

Seorang Islam,

Sorang yang di cipta,

Mereka tahu apa itu bicara,

Bagaimana nak berbicara,

Kerana mereka sedar siapa mereka,

Mereka sedar,

Lidah itu perlu di jaga,

Bicara nan indah,

Memuji Ilahi,

Mengingat Ilahi,

Inilah sebenar bicara,

Belajarlah untuk berbicara benda ini,

Jika nampak mengarutnya seseorang,

Sedarkan mereka,

Jangan di layan karut itu,

Tugas sebagai seorang saudara,

Menyedar sesama saudara,

Kita orang Islam,

Bertuhankan Allah yang satu,

Ini lah tugas kita,

Kata akhir daripada ku,

Jaga lidah,

Ingat dan mengingatilah sesama saudara,

Manusia itu mudah lupa,

Selalu perlu di ingatkan,

Jika benar sayang saudara kita,

Iaitu orang Islam,

Harus tegur menegur,

Pelbaiki bersama diri kita,

Sentiasa ingat Dia,

Berbicara hanya tentang Dia,

Hanya tentang kekuasaan Dia,

Berbicara insan sesama insan hal yang berfaedah,

Inilah fungsi lidah itu,

Sekian daripada ku,

Peringatan bersama daripda seorang Insan,

Tegur ku andai ku salah,

Sungguh,

Diri hanya insan biasa,

Punyai nafsu atau kehendak,


Kata akhir daripada ku:

Sayang seribu kali sayang,
Jika yang memaki itu perempuan.
Punyai rupa paras yang menawan.
Mana pergi kesopanan,
Bicara daripada sang hawa.
Sudah dan sudah lah dengan lidah itu,
Kita makin berumur,
Sudah sudah la tu,
Jaga lah mulut itu,
Kerana mulut badan binasa,
Selamat mengingati pesan ku ini.

Pengajaran:
Lelaki dan perempuan haruslah menjaga lidah mereka.



Semoga kuat kita menempuh hidup ini.

Salam penutup daripada ku,

Assalamualaikum saudara se Islam ku.

No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!