Sunday, September 07, 2014

Mengapa dan mengapa aku di uji


Assalamualaikkum pembaca sekalian.


Mengapa dan mengapa persoalan di bawah muncul:-



Mengapa sinar susah di temui?

Mengapa diri susah di kawal?

Mengapa sukar temui ketenangan?

Mengapa masih di cari sejarah lalu?

Mengapa susah menerima kebaikan?



Lima persoalan mengapa yang hendak ku jawab di masa ini. Berdasarkan pengetahuan ku dan kehendak Dia ku tulis artikel ini. Sebelum ku ulas panjang lebar tentang hal ini, ingin ku berkata-kata tentang diri ini:-

Diri ku hanya hamba,
Kadang jatuh di timpa tangga,
Berdarah luka tubuh ku,
Ku gagah panjat kembali,
Lalu ku jatuh kembali,
Di pertengahan panjat itu,
Ku menangis teresak-esak,
Mengapa sukar ku panjat tangga ini,
Mengapa sukar ku gapai apa yang ada di atas,
Kadang ku mampu memanjatnya,
Kadang ku tidak terdaya memanjatnya,
Lemah ku rasa,
Kadang ku merasakan ingin pergi daripada dunia ini,
Tidak mampu ku tanggung bebannya dunia,
Yang semakin hebat dari hari ke hari,
Semakin ku lari daripada dunia,
Makin dekatnya dunia kepada ku,
Kini ku sedar,
Diri ku hidup di dunia,
Mana mungkin ku boleh lari daripada dunia,
Dalam esak dan tangis ku hadapi dunia,
Mencari kekuatan daripada Dia,
Menghadapi dunia masa kini,
Ku panjat dan terus panjat,
Andai jatuh akan ku bangun kembali,
Biar luka,
Biar mati di pertengahan mencuba,
Tiada kata putus asa ku ungkap,
Panjat dan terus panjat,
Akan ku cuba selagi hidup.

Sekian tentang diri ini.


Masa untuk menjawab persoalan mengapa tadi. Mengapa ya persoalan tadi wujud. Eeerrmm terdetik di akal jawapannya:-

Mana mungkin sinar di perolehi andai hati masih di nodai,

Mana mungkin diri itu boleh di kawal andai nafsu di turuti,

Mana mungkin temui ketenangan andai sejarah lalu masih ingati,

Mana muingkin boleh di tinggal sejarah lalu andai masih mengingati,

Mana mungkin boleh diri menerima kebaikan andai nafsu sering di turuti,



Sinar itu tiada muncul di dalam hati jika hati itu masih di nodai. Makanya istiqfar di jadikan amalan untuk membersih hati yang di nodai. Banyakkan istiqfar. Istiqfar dan terus istiqfar. Jadikan amalan dan terus istiqomah di dalam istiqfar. Semoga kalian temui sinar.


Apabila hati itu sudah temui sinar, barulah ketenangan dan diri mendapat kekuatan. Barulah Dia kita dapat dan seterusnya merasai bertapa sayang nya Dia kepada kita. Lupa kan terus perkara lalu dan terus fokus di masa ini dan masa hadapan kerana kita bergerak ke hadapan bukan ke belakang. 


Semoga kalian terus di beri hidayah oleh Allah dan sentiasa di bawah rahmatNya.

Wallahu'alam.

Relax tenang.

Sekian persoalan dan jawapan ku.

Adiosta wall kus ta alam maya. 

Adoi apa relax ngarut ni.

K lah

Pai

No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!