Friday, September 26, 2014

Belajarlah untuk sabar


Assalamualaikum semua. Apa khabar, sihat ke tidak. Harap-harap semua sihat aja. (Tak tau nak buat intro terus je la kepada apa yang hendak ku tulis.)

Terjumpa di dalam facebook ayat ni:
Marah itu mudah, sabar itu payah.

Bukakan minda, bukakan mata, bukakan hati dan fahami isi artikel ku kali ini. Akhir sekali, tegur ku andai ku salah. 


Diri,

Sangatlah istimewa,

Punyai pelbagai perasaan dan sifat di dalamnya,

Marah sedih tegas sabar,

Ini semua sifat di dalam diri,

Yang hendak ku  ulas sekarang ialah tentang marah. Marah itu ada kegunaannya tersendiri. Jika ternampak sesuatu kemungkaran atau pun orang melakukan kemungkaran lalu kita marah. Marah ini tiada masalah. 

Tetapi jika orang itu melakukan kebaikan dan kita marah. Marah ini ada masalah dan harus di elakkan. 

Apabila marah juga, kita tidak boleh berlebihan. Kerana marah yang berlebihan membuat kita di rasuk syaitan dan kita hilang pertimbangan. Akal kita tidak lagi berfungsi, kita terus mengikut kata syaitan. Ini lah keburukan jika marah itu berlebihan dan tidak di kawal.

Kerana marah,

Mulut berkata-kata tanpa berfikir,

Kita mengikut kata syaitan,

Syaitan mengawal diri,

Lalu kita sedar daripada marah,

Di waktu itu,

Baru kita sedar apa yang kita lakukan,

Baru kita sedar apa yang kita katakan,

Di waktu ini,

Sudah terlambat untuk mengundur kembali masa,

Kita akan menyesal seumur hidup apa yang kita lakukan dan katakan,

Baru kita sedar,

Kita tak patut berkata dan berbuat begitu,

Tetapi sayang,

Masa sudah tidak boleh di undur,

Kita akan terus menyesal dengan kata-kata itu,

Tidak di waktu ini mungkin 20 tahun akan datang,

Kita akan mula sedar perkara ini,

Ini semua kerana marah,

Kerana marah,

Dan kerana marah.



Di sebabkan itu, ku seru kalian di luar sana. Ayuh bersabar dan kawal kemarahan itu. Kerana marah itu daripada syaitan. Jangan di ikut sangat dengan marah. Jika di ikut, kita sahabat syaitan. Jika marah berlebihan syaitan mengawal kita.

Persoalannya sekarang di disebabkan seluruh diri kita di kawal syaitan dan hati kita di rasuk syaitan.

Diri kita di waktu itu syaitan ka atau manusia???
(Jawapan di dalam diri masing-masing)

Kata akhir daripada ku,

Kawal marah itu,

Jangan benarkan syaitan kuasai diri.

Sabar dan terus sabar.

Allah besama-sama orang yang sabar. Ingat tu.

Jadilah sahabat manusia bukan sahabat syaitan.

Sabar dan sabar dan terus sabar.

Selamat berlatih sabar saudara ku.

Tegur ku andai ku salah.


No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!