Thursday, January 17, 2013

Kelebihan Silat Cekak Ustad Hanafi


PERINGATAN!!! PERINGATAN!!! PERINGATAN!!!

Semua silat punyai kelebihan dan kekurang tersendiri. Tidak perlulah korang menghina silat lain, dan mengatakan silat korang yang terhebat. 

Tiada satu pun silat yang terhebat, melainkan dengan kekuasaan Allah SWT. Silat korang tak hebat pun sebenarnya, Allah SWT lah yang hebat. 

Jika korang bertarung dengan sesuatu silat, dan korang menang, itu bukan bermakna korang hebat, korang menang sebab Allah SWT dah kata korang menang, so korang pun menang lah.

Itu je tak lebih dari itu. Orang yang hebat sebenarnya orang yang dekat kepada Nya. Hindarilah diri korang dari mencaci silat lain.

Setiap silat berdasar pada yang satu sebenarnya, itulah sebabnya kalau korang bandingkan setiap silap, semua punyai buah yang lebih kurang sama je antara satu sama lain.

Mari kita fokuskan kepada silat cekak je.

Jangan korang mengatakan silat cekak ialah silat untuk orang perempuan kerana si pesilat hanya di minta untuk berdiri tegak tanpa kuda-kuda. 

Seperti yang ku katakan tadi, semua silat punyai kelebihan tersendiri. Begitu jugalah silat cekak, diorang berdiri kerana si pesilat bersedia untuk melawan musuh di waktu apa jua keaadan, Sebagai contoh, jika pergaduhan berlaku di tempat yang sempit. Cuba pikir logik, di tempat yang sempit, takkan lah korang nak buka kuda-kuda. 

Lagi satu kelebihan silat cekat ni ialah kebanyakkan buah diorang menumpang kekuatan pihak lawan, tidak membazir tenaga dan serang di tempat yang lemah. 


Dengan menumpang kekuatan pihak lawan, korang tak ada masalah untuk melawan musuh yang lebih besar dari korang ataupun lebih kuat dari korang.  Ini kerana lagi kuat musuh membuat serangan, makin kuat serangan balas yang akan di kenakan. Dengar pelikkan, tapi itulah hakikatnya; Alirkan serangan musuh di badan korang dan beri kembali serangan tersebut kepada pihak lawan. Macam tai chi la pulak... hehe

Untuk pengetahuan korang juga, sesama ahli silat cekak tidak boleh bergaduh. Ini kerana adanya buah 6 tolak 6. Dengan adanya buah ini, sesama ahli silat cekak jika bergaduh, akan berakhir dengan seri.

Sebenarnya banyak lagi kelebihannya. Cukuplah setakat ini je relax bagi tau. Nak tau lebih lanjut, cuba la masuk silat ni.

Kata akhir dari ku:
Jangan korang membuat kesimpulan tentang sesuatu persilatan jika korang tak pernah masuk persilatan tersebut. Jangan juga korang mengutuk persilatan lain dan mengatakan persilatan korang yang terhebat. 

Jauhilah dari mengata dan mencaci persilatan lain.

Sekian perigatan dari ku.

Selamat....

Pai...


No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!