Tuesday, January 01, 2013

Antara cara melahirkan anak yang soleh dan solehah 1


Alamak, explore Facebook, terjumpa lagi artikel yang bagus untuk di kongsikan. 


Sumber dari page di facebook "Kata-Kata Kebaikan"


♥ 5 PESANAN BUAT ISTERI ♥

1. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga. Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

2. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

3. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun. Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.

4. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

5. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.




Artikel di atas bukan sahaja untuk isteri, sebaliknya baik juga untuk suami di luar sana. Pada pandangan ku, untuk melahirkan anak yang soleh dan solehah didikan ibu bapa lah yang memainkan peranan yang penting. So, ibu bapa di luar sana cuba la tips-tips di atas ni. 


Sebelum relax memberi persoalan kat korang, cuba pikirkan... Ibu dan bapa. Bapalah permimpin, Pemimpin tugasnya meminpin orang di bawah nya. Di dalam konteks kekeluargaan bapa haruslah meminpin keluarganya ke jalan yang di redhai Nya. 

Jika anak or isteri bermasalah (tak tutup aurat or sebagainya) agak-agak korang salah siapa??

dan

Masalah sosial yang berlaku sekarang ni, agak-agak korang nak salah siapa???? 

Simpan jawapan korang di dalam fikiran korang dan cuba renungkan.


Penambahan:

Relax bukan nak plagiarism ke apa. Artikel ni dah la ada dalam Facebook. Nanti nak baca balik kena scroll kat bawah. Letih mencari pulak nanti. So, ku ambil artikel ni dan paste dalam blog ku. Lepas ni nak baca, takda la susah sangat. 


Kata akhir dari ku,
Jika baik pemimpinnya, maka baiklah yang di pimpin, Insha' Allah

Tuntasnya, untuk melahirkan generasi yang soleh dan solehah, orang lelaki haruslah memainkan peranan. Di samping itu, baikanlah diri anda juga wahai lelaki, jadilah insan sebenar insan.

Sekian dari ku,

Selalulah ingat yang Maha Esa, jika mahukan ketenangan abadi.

Relax selalu...


No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!