Thursday, January 03, 2013

Antara cara malahirkan anak soleh dan solehah 2


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bertemu kita kembali di dalam blog relax=tenang. Blog ini memaparkan artikel-artikel yang bermanfaat untuk di baca bersama. Di samping itu, blog ini juga menyediakan artikel yang di buat................... (Nak tulis apa lagi ni????)

Kesimpulanya, jika nak tau blog ini tentang apa baca je la semua artikel dalam blog ni dan nilai sendiri.

Sekian artikel yang takda kaitan pun untuk post kali ini.



Kita start kepada tajuk utama. 

Sebelum ni relax ada post kan artikel untuk melahirkan insan yang soleh dan solehah. Untuk melahirkan insan yang soleh dan solehah, ibu bapa haruslah mendidik mereka daripada kecil. Bukan sahaja daripada kecil bahkan perkara ini juga boleh di lakukan semasa anak-anak di dalam rahim ibu lagi. 

Bagaimana caranya melahirkan insan yang soleh dan solehah:

* Anak masih belum di lahirkan: 

1. Ibu dan bapa haruslah menjaga tingkah laku mereka di waktu isteri mengandung. Ini kerana berdasarkan apa yang relax dengar, anak di dalam kandungan itu akan meniru tingkah laku ibu bapa nya di waktu mereka besar. Betul or tidak, relax tak tau, yang pasti perkara ini relax dapat tau dari ayah ku. Ala apa salahnya kita jaga tingkah laku kita, bukankah perkara itu di tuntun di dalam Islam.

2. Amalkan doa ini bagi ibu yang sedang mengadung click sini


* Sesudah anak di lahirkan 

1. Peranan untuk isteri di luar sana click sini.

2. Untuk ibu bapa di luar sana pula, ikut lah cara di bawah dalam mendidik anak - anak:

Cara mendidik anak mengikut Sunnah Rasulullah SAW

Pertama: Umur 1-7 tahun. 
Pada masa ini, Rasulullah SAW menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak berbatas. Biarkan anak-anak bermandikan kasih sayang pada tahap ini.

Kedua: Umur 7-14 tahun. 
Pada masa ini Rasulullah SAW menyuruh kita untuk mula menanamkan DISIPLIN kepada anak-anak dengan mengajar dan menyuruh mereka untuk mengerjakan solat. Bahkan apabila umurnya sudah sepuluh tahun, seorang ayah boleh memukul anaknya jika enggan mengerjakan solat.

Rasulullah SAW bersabda. “Perintahkanlah anak-anak kamu untuk sembahyang pada usia tujuh tahun; dan pukullah mereka kerana meninggalkannya pada usia sepuluh tahun; dan pisahkanlah di antara mereka (anak-anak kamu) di dalam tempat tidur.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Berdasarkan pakar-pakar jiwa anak, sememangnya pada umur 7-14 tahun ini masa terbaik untuk menanamkan disiplin dan pembentukan sahsiah seorang anak. Pada fasa inilah seorang ayah akan menjadikan anak itu seorang muslim atau Yahudi, Nasrani dan Majusi seperti yang dikatakan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya bahawa setiap anak yang lahir dalam keadaan suci. Maka, ayah dan ibulah yang akan mencorakkannya.

Ketiga: Umur 14-21 tahun. 
Pada masa ini orang tua sudah MENUKAR penanaman disiplin dengan cara yang agak KERAS kepada yang RASIONAL. Orang tua sudah semestinya mendidik anak dengan cara menjadikannya sahabat dalam berdiskusi, mengajaknya ikut dalam membincangkan masalah keluarga dan diberikan satu-satu tanggungjawab dalam hal-hal tertentu di rumah. Hal ini penting agar anak berasa dirinya punyai tanggungjawab mengambil berat hal-hal dalam keluarga.

Keempat: Umur lebih 21 tahun. 
Pada masa ini, orang tua sudah boleh melepaskan anaknya untuk belajar menempuh hidup akan tetapi tetap melihat perkembangannya dan memberikan nasihat serta peringatan-peringatan apabila anak tersalah atau terlupa.


Jika kita sebagai orang Islam mengamalkan didikan berteraskan Islam. Insha Allah, masyarakat yang soleh dan solehah dapat di wujudkan. 

Kesimpulannya, ibu bapa haruslah memainkan peranan di dalam mendidik anak-anak. Terapkan nilai Islam di dalam kehidupan seharian bersama-sama anak-anak. Itulah cara sebenarnya di dalam Islam. 

Apabila lahir masyarakat yang berteraskan Islam, barulah masyarakat yang makmur dan harmoni dapat di wujudkan. Seterusnya gejalan sosial juga dapat di elakkan.


Untuk pengakhiran artikel ku kali ini, hayatilah hadis di bawah:

Dari Abdullah r.a., sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Ditegakkan Islam atas lima perkara: pengakuan syahadah iaitu tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan ALLAH, pengakuan bahawa Nabi Muhammad itu Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan fardhu haji dan berpuasa di bulan Ramadhan.” – Hadis Riwayat Muslim

Sabda Rasulullah SAW : “Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mengerjakannya maka ia menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya ia meruntuhkan agamanya.” – Hadis riwayat Al-Bahari dan Muslim



Sekian artikel ku kali ini.

Marilah bersama membenteras masalah sosial yang berlaku daripada dasarnya. Ibu bapa di luar sana, ingatlah, andalah yang akan membentuk insan-insan yang boleh berjuang dan menegakkan Islam di mata dunia. Untuk menjadikan insan seperti itu, soleh dan solehah lah kuncinya.  

Rujukan: Page Facebook "Bercinta Selepas Nikah"

(Tegur ku jika diri ku melakukan kesalahan)


No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!