Wednesday, January 16, 2013

Cara mengetahui sesuatu ilmu betul atau tidak


Nak dekat 1 week dah relax cuti...

Selama ni relax cuti tak pernah pun rasa macam ni. Rasa macam ada yang tak kena, entah la relax pun tak tau kenapa. 

Ada sesuatu yang bermain di hati ku, tapi tak tau apa dia. Parah la kalau macam ni.

Hehe

Ok, sekian luahan ku untuk hari ni, lagi di simpan lagi rasa di bebani, so, ku luahkan di dalam blog ku.. hehe

Habis luahan untuk hari ni.



Hari ni relax nak bagi tau korang sikit cara nak mengetahui sesuatu ilmu itu betul or tidak.

Seperti yang kita tahu, zaman moden, ilmu pun dan moden sekali.

Ada ilmu betul, ada ilmu salah, tersilap menuntut membawa padah. Itulah kita kena beringat di zaman ini.

Cuba buka youtube dan korang akan tahu ilmu apa yang relax maksudkan.

Ada juga sesetengah ilmu tidak boleh di terima oleh akal seperti ilmu pasak bumi, ilmu lipat tanah, ilmu dayang senandung dan sebagainya. Semua ilmu ini melibatkan kebatinan. Dalam erti kata lain, ilmu yang melibatkan dalaman.

Persoalannya sekarang, benarkah ilmu di atas??? Ada melibatkan syirik tak???

Itu bergantung kepada pandangan masing-masing. Di sini relax cuma nak mengatakan, tiada yang mustahil di sisi Allah saudara ku sekalian. Kalau Allah SWT kata jadi, maka jadi lah. Ingat lah perkara ini saudara ku sekalian.

Untuk mendapatkan ilmu di atas, anda perlu melakukan beberapa amalan. Ada amalan yang di lakukan dengan niat kerana untuk mendapatkan pertolongan jin. 

Sebagai contoh, untuk mendapatkan ilmu ............ (apa aja ilmu yang berkaitan), korang kena megamalkan sesuatu ayat dan ayat itu di gunakan untuk mendatangkan jin. Apabila jin datang, jin tersebut memberi syarat supaya korang berzikir 100 kali lailahaillah setiap hari selama 40 hari untuk mendapatkan pertolongnya. So, korang pun buat, korang buat atas dasar memenuhi syarat jin tersebut dan untuk mendapatkan pertolongan jin tersebut. Pikir sendiri boleh ke tidak korang buat macam 2 dan syirik kah anda????

Ingatlah wahai saudara ku sekalian, sebaik-baik jin ialah sejahat-jahat manusia.



Jadi sekarang ni macam mana agak-agaknya korang nak tau sesuatu ilmu itu betul or tidak???

Senang je jawapan untuk soalan di atas. 

Untuk mendapatkan sesuatu ilmu yang melibatkan dalaman, bukan mudah. Pelbagai amalan perlu di lakukan. Pelbagai tahap perlu di tempoh. Hati kita kena bersih sebenar bersih. Di samping itu kita juga kena dekat dengan Allah SWT. 

Ilmu ini tidak datang kepada orang yang selalu melakukan kemungkaran. Ilmu hanya datang kepada yang punyai hati yang terang. Ini kerana segala ilmu datang dari Nya. Apabila kita betul-betul dekat pada Nya. Tidak mustahil apa yang kita minta di makbulkan. Itulah sebabnya diri ku mengatakan, tiada yang mustahil di sisi Allah SWT. Sebenarnya segala yang berlaku, atas kehendak  Nya. Yakin lah kepada kekuasaan Allah SWT. 

Sebenarnya ilmu yang ku sebut tadi hardirnya dari doa kalian. Itulah sebabnya kita kena dekat padaNya, supaya segala yang di pinta di makbulkan.

Tetapi ingatlah, jika korang sudah sampai ke tahap dekat betul-betul dekat kepada Nya, tiada sekelumit pun perkara negatif di dalam diri korang. Itulah sebabnya korang boleh dekat kepadaNYa. 

Tuntasnya untuk mendapatkan doa yang tiada hijab, korang kena kenal Allah SWT. Korang kena dekat kepadaNya. Tetapi ketahuilah korang, untuk dekat kepada Nya, korang akan di uji dengan pelbagai dugaan, ini kerana untuk mendapatkan sesuatu nikmat,  lautan berduri perlu redahi.



So, jika korang belajar sebulan je dekat sesuatu pusat ilmu dan korang dah dapat segala macam ilmu yang ku sebut tadi  Seterusnya korang dah boleh lakukan ilmu tadi, pikirlah betul ke tidak ilmu tersebut. 

Sekian peringatan dari ku,

Selamat berfikir saudara ku sekalian...

Moga kita tak tergolong di kalangan orang sesat dan tidak mendapat rahmat dariNYa.

Relax n tenang selalu...

Pai...


3 comments:

  1. Assalamualaikum...apa yg admin info tu boleh sebut salah satu kitab yg dipelajari itu,cuma nak tahu jerr..sbb apa yg hambe baca dalam blog wadset admin nie membuat telinga sebelah kiri hambe begengun,boleh bagitahu kitab apa yg saudara admin amalkan,Klu boleh share sikit isi kandungan kitab-nya tu..Tq

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...apa yg admin info tu boleh sebut salah satu kitab yg dipelajari itu,cuma nak tahu jerr..sbb apa yg hambe baca dalam blog wadset admin nie membuat telinga sebelah kiri hambe begengun,boleh bagitahu kitab apa yg saudara admin amalkan,Klu boleh share sikit isi kandungan kitab-nya tu..Tq

    ReplyDelete
  3. Ayat mana yang salah tu Maliku jabbar???

    Apa-apa pun kalau berdengun... Tutup mata lepas tu tarik nafas dua tiga kali... mesti tak berdengun dah...

    Tetapkan niat,
    Hanya yang satu tujuannya,
    Isya Allah apa pun jadi...

    peace yoo...

    ReplyDelete

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!