Wednesday, March 04, 2015

Sweet touching and sweet talking


Assalamualaikum semua

Tengah ber whatsapp. Tiba-tiba seorang kawan memberi dua kalimah di dalam whatsapp itu. Kalimat tersebut ialah "Sweet talk" dan "Sweet touching".

Pernah dengar tak dua kalimah ni????

Okay harap korang pernah dengar kalimah di atas.

Cuma nak cakap beza keduanya pada pendapat relax.

Bagi ku, manusia itu ada empat jenis di dalam bercinta:

Manusia yang pertama (Sweet touching): 
Manusia yang pertama ialah manusia yang tidak pandai di dalam berkata-kata. Tetapi pandai di dalam memberi kasih sayang dengan perbuatan. Manusia jenis ini selalunya sukar atau pun sering gagal di dalam memujuk pasangan melalui telefon atau pun mesage. Ini kerana manusia seperti ini tidak pandai di dalam berkata-kata. 

Manusia seperti ini selalunya pandai memujuk pasangan dengan perbuatan. Dalam erti kata lain, manusia seperti ini tidak perlu membuka mulut untuk memujuk pasangan. Dia hanya melakukan sesuatu untuk memujuk pasanga. Manusia seperti ini di panggil sweet touching.

Manusia yang kedua (Sweet talk):
Manusia yang kedua pula ialah manusia yang pandai berkata-kata. Manusia seperti ini sering mendapat pasangan di dalam media sosial. Ini kerana manusia seperti ini pandai bermain kata. Hanya dengan menggunakan kata-kata sahaja dia boleh memikat seseorang. Tetapi manusia seperti ini tiada daya penarik ketika bersua muka kerana badan dan perbuatan nya sering kaku. Dia tak pandai memberi kasih sayang dengan menggunakan perbuatan.

Manusia seperti ini tiada masalah untuk memulakan hubungan jarak jauh. Selain itu, manusia seperti ini juga pandai memujuk dengan menggunakan mesage.Mansua seperti ini di panggil sweet talk.


Manusia yang ketiga (Sweet talk+Sweet touching):
Manusia yang ketiga ialah manusia yang punyai kedua sifat iaitu sweet touching dan sweet talk. Manusia seperti ini sering menjadi kasanova atau manusia seperti ini boleh menjadi playboy atau playgirl. Manusia seperti ini punyai daya tarikan tersendiri dan selalunya manusia seperti ini peramah. 

Manusia yang keempat (Sweet talk+Sweet touching):
Manusia yang keempat pula ialah manusia yang tiada sifat keduanya iaitu tiada sifat sweet taouching dan swee talk. Dalam erti kata lain, manusia seperti ini buta atau pun kaku terus di dalam bercinta. Tak pandai apa-apa. Selalunya orang yang mahu berjinak-jinak di dalam dunia percintaan akan menghadapi masalah ini. Biasa lah, langkah awal nak mencari sifat di dalam diri. Memang macam ni la jawabnya. Haha..


Okaylah, sekian pendapat ku pasal sweet touching dan sweet talk ni yang berjaya di kupas dan yang relax faham di dalam otak relax.

Pendapat relax je tau benda ni.

Tegur-tegur jangan tak tegur andai ku salah.

Peace yoo.

No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!