Wednesday, March 04, 2015

Musuh yang paling utama perlu di perangi


Eeermm ku kembai lagi membawa berita gembira daripada diri ku ini yang bergelar relax.

Hai semua.

Hari ni rasa nak tulis sikit pendapat relax pasal dunia sekarang ni. Pada pemerhatian ku, orang Islam zaman sekarang banyak yang pandai-pandai. Mereka tak jahil tetapi cuma degil.

Jahil yang relax maksudkan kat sini ialah jahil daripada ilmu asas agama. Relax rasa semua orang di Malaysia ni tahu hukum hakam di mana yang mana boleh di lakukan dan yang mana tak boleh di lakukan di dalam Islam. Cuma nya walaupun diorang tahu hukum hakam. Diorang lakukan juga perkara yang di tegah. Ini kerana sifat degil di dalam diri.

Diri degil untuk mematuhi perintah Allah. Diri degil untuk mengikut syariat Islam. Diri degil untuk mengikut undang-undang Islam. 

Mengapa diri ku benar-benar yakin semua orang di Malaysia ini tahu undang-undang asas di dalam Islam?
Sebab setiap sekolah di Malaysia ini majoritinya ada subjek agama. Di dalam subjek agama ini kan kita di ajar asas-asas di dalam agama.

Cuma faktor persekitaran dan diri yang membuatkan kita tidak boleh mengikut apa yang kita belajar.

Kebanyakkan daripada kita menyerah diri kepada nafsu. Dalam erti kata lain kita menyerah diri kepada musuh kita. Kita biarkan musuh kita melakukan semahunya kepada diri kita.

Jangan lupa satu perkara sahabat. Musuh yang paling utama sebenarnya ialah diri kita sendiri. Musuh yang paling asas untuk kita lawan itulah diri kita. Dapat lawan diri, insyaAllah kita dapat lawan musuh di luar sana, tak kiralah daripada segi apa pun musuh kita tu.

Musuh yang tiada terlihat,

Di dalam diam memakan diri,

Kita tidak ke mana,

Di situ je la,

Kalah sebelum berperang,

Kerana kita tiada sedar kita di kawal musuh,

Musuh itu ialah nafsu.


Jadinya ayuh perangin musuh ini.

Okay lah sekian artikel ku kali ini. 

Peace yooo.

Assalamualaikum.

Tegur ku andai ku salah.


No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!