Thursday, February 13, 2014

Jangan terlalu mudah menghukum seseorang


Salam hari jumaat...

Hari ni rasa macam nak berletar dalam blog ni. Hehehe... Tahan mata dan hati korang ya. 

Kerana satu kesalahan yang dia lakukan, hilang segala beribu kebaikan yang dia lakukan. Seterusnya kita menghukum dia di atas kesalahan yang dia lakukan. Bukan kah itu tidak adil namanya. Manusia macam kita ni tak lari daripada melakukan kesilapan. 

Seperti ayat ku sebelum ini, manusia itu kalau di lihat keburukkannya mesti ada. Ini kerana kita tak sempurna. Tetapi ini tak bermaksud kita boleh menjadikan perkara ini sebagai alasan di dalam sesuatu kesalahan yang kita lakukan. 

Setiap perkara kita di beri pilihan bukan. So, buat lah pilihan yang baik. Andai kita melakukan sesuatu kesalahan, jangan di ulangi kesalahan tersebut. Ini lah perkara yang harus kita lakukan. Bukannya berulangkali melakukan kesalahan tersebut. Pelbaiki kesalahan dan bukannya ulangi kesalahan. 
 
Sudah ku terangkan mengapa manusia yang di anggap baik itu juga melakukan kesalahan. Rasanya tak perlu ku huraikan dah kut. Korang boleh click di sini kalau nak tau lebih lanjut mengapa kita tak boleh menghukum seseorang di atas kesilapan mereka ----> Hakikatnya kita sedang berjuang

Leteran untuk kita wahai manusia.

Ingat perkara ni saudara saudari sekalian.

Entah la, relax pun tak pasti artikel di atas leteran atau pun nasihat. Korang fikir lah sendiri. Kadang orang cakap kalau cakap banyak ni sedang berletar. Sedangkan apa yang di cakap itu nasihat ataupun teguran. Eeermm entah lah... 

Kata akhir dari ku,
Kita tak sempurna, tetapi kita harus berusaha untuk ke sempurna. 
(Kata renungan untuk kalian)

Pai..

No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!