Saturday, February 15, 2014

Berdoa dan teruslah berdoa


Assalamualaikum semua,

Minggu ni selalu jumpa artikel yang berkaitan doa. Di sebabkan itu sudah menjadi kewajipan ku untuk menggabungkan artikel tersebut menjadi satu, untuk tantapan kita sekalian. (Eeeerrkk, poyo nya ayat... Apa jela) 

Hiraukan ayat di atas.

Mungkin Dia suruh kita sentiasa berdoa pada Dia. 

Andai diri di landa kesedihan, 
Andai diri lelah dalam ujian,
Dia ada untuk kita,
Mengadulah pada Dia dengan penuh pengaduan,
Berdoalah agar kesedihan itu hilang,
Berdoalah agar di beri kekuatan untuk menghadapi ujian tersebut. 


Peringatan untuk kita hari ni:
Jangan pernah mengambil kata orang yang berunsur negative. Kerana mereka itu manusia, kata mereka tiada apa-apa. Di sisi kita ada Allah. Terus lakukan jika perkara itu tak salah dari sudut agama. 
(Relax harap korang faham apa yang relax nak sampaikan. )


(Hanya Allah yang mengetahui benar atau tidak sesuatu perkara)


Artikel copy paste daripada D yang di post dalam FB pada 15/2/2014. So, terima kasih ku ucapkan kepada dia.
*&^*&^*&^*&^*&^
Salam. saya nak share sebuah kisah..

Tiba-tiba teringat cerita Ustaz Mohd Kamil dalam slot motivasi pagi hari tu, tentang ujian.

Kisah itu mengenai isterinya, yang juga seorang penulis terkenal iaitu Pn Roza Roslan

Isterinya semasa kecil merupakan seorang yang kurang pandai dalam pelajaran, tapi beliau sangat ingin utk pergi ke luar negara, jadi beliau berdoa bersungguh-sungguh.

"Ya Allah, jadikan lah aku pandai, jika tidak pun Kau temukan lah aku dgn seorang suami yg akan membawa aku ke luar negara..."

Itu lah doa yang dilafaznya dek kerana impian dia ketika kecil itu...

Namun setelah berpuluh tahun berlalu, Pn Roza tidak perasan pun sebenarnya, Allah telah menjawab doanya itu kerana suaminya telah membawanya berjalan ke lebih daripada berpuluh buah negara...

Hinggalah saat beliau menulis bukunya, barulah beliau terperasankan mengenai doanya itu.

Subhanallah! Betapa Allah sebenarnya mempersiapkan saat yg baik utk kita mendapat apa yg diingini... Kerana DIA bersifat malu untuk menolak permintaan hamba-NYA...

Cuma kadang-kandang kita tidak bersabar atas apa yang kita minta sedangkan Allah maha mengetahui bilakah masa terbaik untuk kita mendapatkannya.

Pengajaran: kadang-kadang apa yang kita ada hari ini adalah apa yang kita pernah doakan suatu ketika dahulu, dan apa yang kita inginkan kadang-kadang bukan lah yang terbaik untuk kita.

Ada masa Allah memberikan nikmat, ada ketika dikirimnya ujian, hingga kadang-kadang terasa bagai putus semua harapan, namun ingatlah tidak lah DIA menjadikan ilham untuk berdoa melainkan DIA ingin mengabulkannya, cuma masanya mungkin bukan sekarang... Mungkin 20 tahun lagi barulah kita layak dan perlu kepada apa yg kita inginkan itu....

Jadi bersabarlah... Solatlah... Berdoa dan terus berdoa

Kerana doa itu walau kadang-kadang penuh dengan perkara yang tidak terjangkau, namun Allah mendengarnya dan percayalah, DIA telah mengukir, takdir yang indah untuk kita...

:')
Allah Engkau dekat
Penuh kasih sayang
Takkan pernah Engkau biarkan hamba-MU menangis
Kerna kemurahan-MU, kerna kasih sayang-MU

*alhamdulillah, syukur diuji*
*&^*&^*&^*&^*&^

Kesimpulanya, jangan pernah berhenti untuk bedoa. Boleh jadi jika doa kita tidak di makbulkan kerana masanya belum tiba. Mungkin di masa akan datang baru doa kita ini di makbulkan. Bersangka baiklah dengan Allah. 




Sedikit penyalinan daripada kuliah Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid.

*&^*&^*&^*&^*&^

Jika apa yang di minta kepada Allah tak kunjung tiba hendaklah kamu di dalam keadaan selesa kerana apa yang di simpan oleh Allah itu adalah perkara lebih baik. Dengan apa yang di minta tak diberi, tersimpan satu rahsia yang besar yang Allah nak beri. Biasakan kamu dengan selesa dengan tidak diberi kerana apa yang di simpan lebih baik daripada apa yang kita dapat kalau kita redha dengan tidak diberi itu. Sifat redha itu ialah sifat orang yang kembali kepada Allah.
*&^*&^*&^*&^*&^

Kesimpulanya, redha lah dalam setiap perkara. Begitu juga kalau doa tidak di makbulkan, kita perlu redha dan berbaik sangkalah kepada Allah.




Perbualan copy paste tentang doa:-
*&^*&^*&^*&^*&^
D: Jangan lupa doa kan saya ye.
S: Doa sendiri.
D: Tak salah minta orang lain doakan.
S: Doa kan saya berjaya dunia dan akhirat ya.
D: Dekan dunia akhirat.. Aamiin.
S: Doa dalam solat dan waktu mustajab la. Doa dalam ni buat apa. Jangan lupa hadirkan hati dalam doa ye.
D: In Shaa Allah, Islam itu indah. Doa bila-bila pun boleh. Waktu-waktu mustajab tu bonus.
S: Ooohh, ok2.
*&^*&^*&^*&^*&^

Berdasarkan perbualan tadi, apabila di teliti dan di keluarkan maklumat penting kita dapat ketahui:-
- Tak salah minta orang lain doakan kita.
- Jangan lupa hadirkan hati dalam doa.
- Islam itu indah. Doa bila-bila pun boleh. Waktu-waktu mustajab doa tu bonus.

Tuntasnya, berdoa dan teruslah berdoa.




Begitulah artikel copy + paste + edit berkaitan doa yang relax terjumpa lalu di letakkan dalam ni. Jadi seharusnya penghargaaan di beri kan kepada mereka. Terima kasih ku ucapkan kepada kalian.

Terima kasih tak terhingga kepada S, D dan Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid kerana menjayakan artikel kali ini. Terima kasih juga kepada laptop ku yang menjadi tempat jari ku menari-nari di atas nya. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada kedua ibu bapa ku kerana membenarkan electron mengalir di dalam laptop ku. Terima kasih juga kepada........................................ bla bla bla bla..... 

Maaf sengaja melalut, tak suka serius sangat. Erk, aaaahh apa-apa aja la. 

Maaf andai diri ku tersalah menyampaikan atau menguris hati korang di luar sana. 

Yang paling penting, tegur ku andai ku salah. Tetapi tegurlah secara berhemah ye. :)

Hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang. So, ingat lah Allah.

Relax tenang.

Pai..

No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!