Tuesday, February 11, 2014

Cara mendidik kanak-kanak di dalam Islam


Pengakhiran yang baik bermula dengan permulaan yang baik. Tetapi permulaan yang buruk, tak semestinya berakhir dengan pengakhiran yang buruk. Selamat berfikir.

Comel dan menghiburkan, tidak tahu apa-apa, belum kenal erti hidup, sentiasa ceria seakan tiada masalah yang berlaku. Kata ungkapan yang sesuai di berikan kepada kanak-kanak di luar sana. 

Teringin rasanya menjadi kanak-kanak kembali. Tetapi ini semua mustahil. Masa itu sentiasa ke depan dan tidak akan berpatah balik. Inilah kehidupan.


Segala puji bagi Dia, mendetik hati ini untuk menulis artikel buat saudara saudari sekalian tentang cara melayan kanak-kanak di dalam Islam. 



Bagaimana nak melayan kanak-kanak di dalam Islam????  

* Dekatkan kanak-kanak kepada sunnah dan kenal kan mereka dengan Rasulullah.

* Bawa mereka ke majlis-majlis ilmu dan dekatkan mereka kepada ahli ulamak.
-Kanak-kanak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara baik. Jadinya di waktu inilah kita perlu didik mereka sebaiknya. Seperti kita tahu, budak-budak ibarat kain putih kan. So, kita lah yang akan mencorakkan mereka. Benar bukan???

* Jangan marah kanak-kanak andai mereka melakukan kesalahan.
-Biasa lah, kanak-kanak melakukan kesalahan bukan. Allah juga tidak mengambil kira kesalahan mereka. Di sebabkan itu, kita jangan marah mereka andai mereka melakukan kesalahan sebaliknya kita haruslah didik mereka secara berhemah. 

* Tegur mereka dengan berhemah dan selitkan pengajaran yang baik.

* Layan mereka seperti orang dewasa. 
-Untuk pengetahuan korang, Rasulullah melayan kanak-kanak seperti orang dewasa. Bukan macam kita, mencubit pipi budak yang berumur 10 tahun sedangkan ada setengah kanak-kanak tidak suka diri mereka di perlakukan sedemikian rupa. Jadi, cuba melayan kanak-kanak macam kita melayan orang dewasa. (Mungkin ini bergantung pada jenis kanak-kanak kut… Eeerrmm mungkin, relax hanya meneka)



Begitulah apa yang relax faham dengan apa yang di dengar di TV tadi. Di sebabkan maklumat ini di tulis oleh orang yang kedua iaitu relax dan bukan yang pertama iaitu orang di dalam TV tadi. So, maklumat ini di sampaikan berdasarkan pemahaman ku dan maaf ku ucapkan andai ada salah dan silap. Tegur ku juga andai maklumat ini salah.

Satu kata dapat ku ungkap andai kesalahan ku di tegur oleh kalian, terima kasih dan semoga kalian di bawah perlindungan Allah. Hanya Allah dapat membalas jasa kalian.  


Sekian dari ku,

Terima kasih ku ucapkan kepada penyampai TV tu.

Relax tenang.


No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!