Monday, February 10, 2014

Falsafah cinta buat insan di luar sana



Semoga Allah sentiasa melindungi kalian.

Hari ni rasa nak tulis topik yang 18 tahun ke atas. Al maklumlah umur pun makin dewasa kan. So, topik pun kena agak-agak dewasa juga la kan (apa-apa aja la).

Mungkin juga topik kali ni akan memualkan sesetengah orang. Tetapi korang nak tau satu perkara tak, andai korang mual bila baca topik ni, mungkin korang ni belum cukup dewasa kut. Ok, relax melawak ja. Jangan marah. Cuma nak minta maaf andai topik ku ini memualkan korang. Sorry....


*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+
Sekilas lalu tentang jodoh:-

"Time can also break a waiting heart"

Kalau dah seperti apa yang ungkapan ni tulis, maknanya tiada jodoh la tu. Orang kata, kalau dah jodoh tak kemana, pi mai pi mai tang tu. Senang faham macam ni la, "andai dia untuk untuk ku, maka dia akan datang kepada ku. Andai dia bukan untuk ku, maka tidak datang lah dia kepada ku."

Ye betul, memang jodoh sudah di tentukan, tetapi kita kena usaha juga. Kalau bab nak usaha ni pula, pelbagai pendapat orang berikan. Tetapi bagi relax, cukup lah usaha sekadar mengenali dia macam mana. Tak perlu sampai ber makwe pakwe (Faham sendiri macam mana makwe dan pakwe tu).

Tak perlu rasanya relax ulas pasal benda ni. Korang baca sendiri dekat link ni ----> Peace no war.

*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+


Falsafah cinta buat insan di luar sana.

Benar,
cinta datang dari Nya.
Tanpa kita sedari,
Tiba-tiba hadir di dalam diri.
Indah nya tak terperi,
Menggoncang hati,
Kalau di biarkan diri,
Melalaikan hati,
Itulah sebab kena berhati-hati.


Kadang cinta itu datang tanpa di minta,
Perginya tanpa di suruh.
Ini kerana cinta itu datangnya dari Dia.


Cinta,
Bukan bererti memiliki,
Tetapi sanggup melepaskan yang di cintai pergi,
Demi sebuah kebahagian hakiki.



Andai cinta di tolak,
Sakitnya tak terperi,
Sedih dan patah hati,
Di saat ini,
Katakan di dalam diri,

"La haula wala quwwata illa billah"
(Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
"Hasbunallaah wa ni’mal wakiil"
(Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)
"Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram."
(Surah Ar Ra’d:28)
"Istighfar banyak-banyak"

Seterusnya,
Buang sifat negative tadi,
Tenangkan hati,
Katakan pada diri,
Semua ini ada hikmahnya nanti.



Andai cinta diterima,
Gembiranya hati,
Tak terungkap dek diri,
Berungtungnya di rasai,
Di saat ini,
Ungkapkan kata kepada Ilahi,
"Alhamdulilah",
(Segala puji bagi Allah)


Cinta,
Jangan biar di cemari,
Dengan nafsu diri,
Salurkan kepada jalan hakiki,
Kepada Ilahi,
Pemilik cinta abadi.


Selepas cinta di kuasai,
Beranikan diri,
Untuk menghalalkan dia dan diri,
Di sinilah,
Satu perjalanan baru bermula antara dia dan diri,
Selamat menempuh jalan ini.

(Terima kasih kepada pembuat picture ni. Semoga Allah merahmati kalian)


 Mengapa aku yang di pilih dan bukan dia?
Tak larat nak jawab dah soalan ni..
(Cuba renungkan, mungkin jawapan untuk persolaan itu ada sebab relax dah jawab dah)

Sekian,

Sampai di sini sahaja falsafah cinta untuk hari ini.

Di lain hari kita sambung balik ye...

Kata akhir dari ku,
Kisah cinta kita tidak akan tamat dan hanya akan tamat dengan perkahwinan.
Insan di hati,

Relax tenang,

Tegur ku andai diri ku or artikel ini salah

Pai..

No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!