Wednesday, February 19, 2014

Ini kisah antara aku, dia dan Dia


Salam kenal semua.

Ini kisah antara aku, dia dan Dia

Pernah satu ketika dulu,
Cinta itu bertandang dalam hatiku,
Perasaan ini pertama bagi ku,
Indah dan sukar di kawal,
Saat ini lah diri ku hanyut dalam dakapan cinta,
Fikiran ku runsing,
Diri ku lemah,
Sedikit demi sedikit,
Diri ku semakin hanyut,
Hanyut di lautan cinta,
Hidup ku mulai tak keruan,
Fikiran ku sentiasa ada dia,

Kini,
Cinta itu tidak lagi indah,
Tetapi menyiksakan,
Aku harap cinta itu lenyap,
Aku tidak mahu cinta ini,

Apa ada dengan cinta???
Ini lah persoalan yang sering bermain di fikiran ku,
Aku di biarkan bersendirian,
Tiada jawapan yang ku temui,


Kini,
Aku mulai sedar,
Cinta itu hadir pemberian dari Nya,
Tak semua dapat merasainya,
Beruntungnya diri ku,
Hadirnya mengusik jiwa,
Menguji sejauh mana cinta ku kepada Dia,
Di berinya rasa ini,
Untuk mengajar aku kuat,
Untuk mengajar aku erti tabah,
Untuk mengajar aku erti pengharapan,
Dia mengajar aku erti redha,
Ya Dia ingin mengajar aku erti cinta sebenar,

Cinta sebenar,
Cinta Dia,
Walau apa pun berlaku,
Dia yang pertama,
Cinta itu indah jika bersandarkan pada Dia,
Cinta itu menyiksakan andai nafsu menjadi tunjangnya,

Kini,
Aku mahukan cinta itu,
Kerana cinta,
Ku mulai sedar,
Bertapa agung kuasa Nya,
Menghadirkan cinta ini
Alhamdulilah,
Semoga cinta kita kerana Dia.


Sekian ayat pendek dari ku. Macam selalu, relax bukan penulis. So, faham-faham la ye.

Kata akhir dari ku:

Cintai dia melalui Dia

Selamat merenung.

Macam selalu juga, tegur ku andai ku silap.

:)

No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!