Thursday, February 14, 2013

Jodoh itu rahsia Ilahi, tidak perlulah bersedih


Adoyai, malam-malam ni la mat jiwang duk kacau relax mintak kebenaran untuk post artikelnya dalam blog ni. Nak sangat ya kamu post artikel, nah post la mat jiwang oit...



---------------------


Kata jawapan dari artikel lepas iaitu "Pengakhiran kisah cinta ku"


Hai, dah lama rasanya tak sembang kosong dengan korang ni, hehe...

Putus cinta!!!

Apakah itu!!!

Boleh kah anda terima yang hakikatnya anda putus cinta?

Ada yang mengatakan "Sudah 10 tahun, tetapi diri ku masih sedih kerana putus cinta"...


Artikel yang lepas menunjukkan kepasrahan dan kesedihan aku apabila putus cinta,

Memang la hakikat semua orang sedih apabila cintanya tidak di balas, begitu juga lah aku.

Tetapi takda la aku sampai menangis-nangis, sampai tak boleh nak buat kerja, sampai tak boleh nak bertegur sapa dan sebagainya (macam orang dalam filem duk buat).

Buat apa aku nak buat semua benda di atas, buat apa aku nak sedih berpanjangan. Semua ini sudah di takdirkan.

Sedarlah wahai kalian di luar sana, diri ku masih waras dan masih boleh berfikir mana yang baik dan tidak baik untuk di lakukan.

Sebenarnya sebelum menerima jawapan daripada si Dia, diri ku dah ready dengan segala yang berlaku. Itulah sebabnya aku boleh counter kembali perasaan sedih ni.

Kut mana pun selama ni aku memegang prinsip:
- Kalau dah seseorang itu bukan milik kita, buat lah macam mana pun, dia tetap tak jadi milik kita.
- Kalau dia memang benar milik kita, memang dia akan datang kepada kita.
- Kalau dah jodoh tak ke mana.
- Segala sesuatu sudah di tentukan oleh Nya.

Mengikut prinsip di atas, jika aku bersedih, itu bermakna aku membuang masa kerana kalau dah seseorang itu memang bukan untuk ku, memang aku tak boleh nak buat apa-apa dah. So, kenapa aku perlu bersedih.

Langkah terbaik ialah jangan bersedih. Takda faedahnya pun kalau kita bersedih, kita di bawah ketentuan dari Nya, sentiasa lah redha dengan kententuan dari Nya.


So, serius aku dah tak sedih tentang perkara yang tak berfaedah dan buang masa ni.


Jadi, korang di luar sana tolong, tolong dan tolong jangan kata aku masih bersedih atau kata sesuatu yang berkaitan lagi dengan perkara tak berfaedah ini (putus cinta). Just kidding, sebenarnya ikut suka korang la nak pikir apa pun, yang pasti aku tahu apa perasaan aku sekarang ni. hehe... :)

Sekian pemberitahuan ku tentang hal cinta cintun ni.. hehe...

Tak sedih pun weeeekkkkk

Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor,

Orang yang cantik masih banyak di luar sana, orang yang hensem pun masih banyak di luar sana dan orang yang baik pun masih banyak di luar sana. Itulah pasalnya aku mudah melupakan perkara ini.. hehe....



Aku tahu apa perasaan aku sekarang, 
Apa korang fikir tidak penting bagi ku, 
Biarlah korang dengan anggapan korang,
Mulut korang tidak mampu ku tutup,
Hati korang tidak mampu ku ubah,
Yang pasti,
Aku tahu apa di dalam hati ku


Akhirnya aku bebas dari sebarang ikatan, 
Aku bebas, 
Aku bebas..

Sekian dari ku,

Yang benar,
Mat jiwang

Tuntasnya, korang yang di luar sana, ingatlah janganlah kamu bersedih jika cinta kamu di tolak, kerana itu semua takdir dari Nya. Boleh jadi, penolak cinta korang itu bukan jodoh korang ataupun belum tiba masanya lagi. Ingat lah "kalau dah jodoh tak kemana." bak kata orang utara "pi mai pi mai tang tu."


---------------------


Laaaaa, yang 2 je ke yang mat jiwang nak tulis dalam blog relax. Ingat ke pasal apa tadi...

Ok lah, sekian dari relax juga

Pai..


No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!