Sunday, February 24, 2013

Lampu pada capsLock berkelip-kelip


Cara nak bagi lampu pada capslock berkelip-kelip atau pun huruf masa type sekejap besar dan sekejap kecil.

Lama gile tak update blog tentang tutorial ni.

Seperti biasa, kalau dah diri takda kerja, akan ku menjelajah alam maya untuk mencari sesuatu yang menarik. Setelah penat menjelajah akhirnya relax jumpa satu tips or trick (tip/trick haaaa apa-apa jela) berkaitan notepad.

Bagaimanakah caranya nak bagi lampu caps lock pada keyboard untuk menyala berterusan sambil berkelip-berkelip.

Bahan yang diperlukan
1. Laptop or computer
2. Notepad
3. Keyboard
dan barang lain yang korang rasa di perlukan

Cara-caranya ialah:-
1. Buka notepad


2. Copy dan paste code di bawah di dalam notepad

Set wshShell =wscript.CreateObject("WScript.Shell")
do
wscript.sleep 100
wshshell.sendkeys "{CAPSLOCK}"
loop

(pahamkan sendiri macma mana code ni berfungsi)


3. Save notepad tadi dalam bentuk .vbs. (Letakkan nama apa-apa pun then akhir sekali pastikan letakan .vbs.) Tengok dalam gambar.


4. Lepas di save akan keluar icon seperti di bawah.


5. Setel sudah. Lepas 2 tunggu apa lagi click la icon tadi, then lampu capslock akan menyala berterusan sambil berkelip-kelip.



Bagaimanakah caranya untuk kembalikan keyboard seperti yang asal?

Senang je, ikut step di bawah:-

1. Buka task manager: tekan ctrl+shift+esc   atau   ctrl+alt+del   atau   click belah kanan dekat bar kat start tu then pilih start task manager.

2. Cari perkataan wscript.exe dekat tab Processes. Then tekan belah kanan dan end process ataupun click button End Process selepas dah pilih wscript.exe. 


Selepas itu keyboard korang akan menjadi seperti sedia kala.


Note:
Sebenarnya bukan lampu tu je yang berubah tau, sebaliknya bila korang buat benda ni, text korang masa tengah type akan menjadi sekejap huruf besar dan sekejap huruf kecil. Memang annoying gile or boleh bagi korang marah nye.

So, lepas ni korang boleh la prank kawan-kawan korang guna benda ni. Nak  pulak kawan korang jenis yang mengelabah, memang dia cuak gile la bila benda ni jadi.

Oklah selamat pekena kawan korang, hehe... (xbaik tau pekena orang ni, ingat 2)

Warning,
Ni bukan virus tau, ni hanya lah commad nak bagi tau windows supaya button capslock dekat keyboard seperti sekejap di tekan dan sekejap tidak.

Ok lah lepas ni kalau laptop korang or PC korang jadi macam dekat atas, paham sendiri la macam mana nak matikan perkara 2.

Sekian dari ku...

Pai...

No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!