Wednesday, February 13, 2013

Cara mengetahui sesuatu hadis tersebut sahih atau daif


Salam dan selamat pagi ku ucapkan kepada kalian.

Setelah lama menghilang ku kembali dengan harapan yang baru, dengan hati yang tenang, dengan hati yang semakin cerah. Dengan hati yang punyai harapan. Dengan hati yang bertampal-tampal.. 

Sekian kemerapuan ku hari ini...



Ramai orang nak jadi penyampai di dalam alam maya ini. Pelbagai medium di gunakan untuk menyampaikan sesuatu maklumat dan salah satunya ialah Blogger, Facebook, Twitter dan sebagainya.

Tetapi tahukan anda, di dalam menyampaikan maklumat mungkin kita tersilap menyampaikan.

Sebagai contoh di dalam Facebook, si A post pasal sesuatu hadis dan korang pun kongsikan hadis si A tadi tanpa memeriksa sama ada ada hadis tersebut sahih ataupun daif. Hadis yang sahih ialah hadis yang boleh di terima. Manakala hadis daif membawa maksud hadis yang di tolak. 

Persoalannya sekarang, hadis yang di kongsikan tersebut benar atau tidak.

Niat korang yang pada mulanya baik dah jadi sebaliknya.

Untuk mengelakkan perkara seperti ini dari terus berlaku, relax harap sangat supaya korang menyelidik dahulu sesuatu benda yang korang nak sebarkan.

Bukan apa takut korang menyebarkan sesuatu yang tak betul.


Untuk melihat sama ada sesuatu hadis tersebut sahih atau sebaliknya, salah satunya korang bolehlah melayari website di bawah.

Mutiara hadis--------> click di sini

(Antara inisiatif yang di lakukan untuk mengelakkan penyebaran hadis daif dan palsu yang di bangunkan oleh para penyelidik dari Fakulti sains Komputer dan Matematik UiTM.)


Sebenarnya banyak lagi cara nak mengetahui sesuatu hadis tersebut betul or sebaliknya cara di atas hanya sebahagianya daripadanya sahaja. Ingat tu... hehehe....

Kata akhir dari ku:
"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada mu orang fasiq (membawa) berita, hendaklah kamu periksa kebenarannya, (kerana takut), jika kamu menimpakan satu musibah kepada suatu kaum tanpa pengetahuan, lalu kamu menyesal atas perbuatan mu"
(Al-Hujuraat, ayat 6)

Rujukan:
Page 764, Tafsir Mahmud Yunus Al-Quran Nul Karim Rasm Uthmani, Prof. Dr. Hj, Mahmud Yunus.


Ok lah sekian maklumat dari ku,

Yang benar,

Relax = Tenang

Pai...

Senyum lah selalu walau kita punyai kesulitan di hati, moga dengan senyuman itu dapat menghilangkan kesulitan itu....

Smile

Tak mau stress-stress...

:)

No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!