Abu Talib Al-Maliki, seorang ahli sufi dan pakar hadis mengkategorkan dosa besar pada 17 jenis. Manakala, dosa kecil adalah yang tidak disebutkan di bawah ini.
Dosa besar yang dimaksudkan adalah:
* 4 jenis di hati iaitu:
1. Syirik.
2. Melakukan maksiat tanpa henti.
3. Berputus asa.
4. Tidak takut dengna seksa Allah SWT.
* 4 jenis pada lisan iaitu:
1. Menjadi saksi palsu.
2. Menuduh wanita baik berzina.
3. Melakukan sumpah palsu.
4. Mengamalkan sihir.
* 3 jenis di perut iaitu:
1. Minum arak.
2. Memakan harta anak yatim.
3. Memakan riba.
* 2 jenis dosa di kemaluan iaitu:
1. Melakukan zina.
2. Melakukan homoseksual.
* 2 jenis dosa di tangan iaitu:
1. Membunuh.
2. Mencuri.
* 1 jenis dosa di kaki iaitu:
1. lari dalam peperangan.
* 1 jenis dosa seluruh badan iaitu:
1. derhaka terhadap orang tua.
Sumber: Al Islam April 2012, muka surat 71.
4+4+3+2+2+1+1=17
************
Secara ringkasnya begitu la. Kalau nak tahu lebih lanjut tanya lah orang yang lebih berilmu.
(Berputus asa termasuklah di dalam kategori di atas. Nampak gayanya lepas ni tak boleh berputus asa lagi la. Semangat, semangat buang sifat berputus asa. Berusaha, berusaha.)
(Berputus asa termasuklah di dalam kategori di atas. Nampak gayanya lepas ni tak boleh berputus asa lagi la. Semangat, semangat buang sifat berputus asa. Berusaha, berusaha.)
Sekian untuk saat ini.
Smile.
Comments
Post a Comment