Skip to main content

Ilmu mengelak peluru




Assalamualaikum semua,

Sudah ku kata di dalam artikel sebelum ini. Pistol or sewaktu dengan nya adalah ciptaan manusia. Mana mungkin boleh lawan dengan kekuasaan Allah SWT.


Kenapa masih ada orang menanyakan soalan "kenapa kau belajar seni mempertahankan diri sedangkan sekarang orang menggunakan pistol."


Kepada penanya soalan ini ingin ku katakan kepada anda:

"Ilmu di dunia ini banyak saudara dan tak akan habis jika di tuntut. Jadi, tak mustahil jika ku katakan ada cara nak mengelak peluru pistiol sebenarnya. Ye betul, memang dengar macam mengarut dan tak boleh diterima oleh akal. Tetapi ketahuilah saudara, tiada yang mustahil di sisi Allah SWT. Harap saudara faham la ye."


Mungkin apabila saudara membaca artikel di bawah akan membuka dan membuatkan saudara berfikir bawasanya pistol tak semestinya akan menang jika di masukkan di dalam perlawanan.


************


Boleh elak peluru

TAJUK di atas itu dari pertanyaan seorang guru tua beladiri kepada penulis. Ia antara pertanyaan ‘gerun’ dan ‘ngeri’ dari golongan guru tua baik dari perguruan silat dan bukan silat ketika dalam pertemuan.

Pertemuan guru-guru berkenaan ibarat menemui permata dan ia sering membuka hati dan minda penulis. Apa jua gerun dan ngeri yang bakal dihadapi sebelum, semasa dan sesudah wawancara guru itu, satu pengalaman dan satu kenangan kepada penulis. Guru tua pertama yang ditemui untuk diwawancara (untuk majalah PENDEKAR) adalah Allahyarham Mahaguru Datuk Meor Abdul Rahman Hashim dari Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia di kediaman beliau di Air Kuning, Taiping, Perak pada tahun 1988. Selepas wawancara, kepala penulis dihentak dengan buluh dan bata sebelum diambil sebagai anak angkat.
Itu contohnya, dari ‘angkara’ anak mahaguru itu iaitu Shazali yang mahukan penulis diuji seperti anak-anak gayong lain.

Masuk tahun 2010, pembaca dan warga beladiri terutama orang muda dirasakan perlu tahu dan berfikir dari apa yang bakal didedahkan setelah penulis menyimpan bukan menyorok pengalaman bersama dan ‘suara hati’ guru tua yang telah ditemui.

Giliran bakal pewaris dirasakan perlu dibukakan minda dan pandangan. Mereka mungkin tidak seperti penulis menemui ratusan guru tua, namun pengalaman menemui permata-permata itu akan dikongsi bersama.

Sejak mula melangkah dari dunia politik ke dunia beladiri tahun 1988 untuk mengasas majalah PENDEKAR, banyak suara hati guru-guru itu disimpan hingga kini, kerana ada yang perlu dibuat kajian, perlu diselidik terlebih dahulu dan disimpan untuk peribadi.

Sebagai contoh tajuk di atas, dalam satu pertemuan hujung 80an, guru tua pernah menanya penulis, bolehkah orang sekarang (ahli beladiri) elak peluru? Penulis diam kerana tiada jawapan walaupun tahu mengenai ilmu ‘peluru petunang’. Guru tua itu dengan nada bersahaja menjawab; “Orang dulu... boleh”.

Penulis seorang wartawan berjawatan Ketua Pengarang Kumpulan dan teruja untuk mendapatkan jawapan, terutama ingin melihat dengan mata sendiri sebagai bukti nyata. Walaupun sudah terdedah dengan dunia beladiri sejak kecil lagi, namun setiap guru ada rahsia tersendiri.

(Waktu di majalah PENDEKAR, penulis bertemu dengan guru-guru seorang diri, tidak seperti sekarang, sering membawa rombongan SENI BELADIRI)

Pendekkan cerita, guru itu bangun sambil mencari pistol mainan (mungkin kepunyaan cucu beliau) di sekitar ruang tamu. Sambil mencari, beliau bersuara lagi; “Nak tengok pisau sejengkal pun boleh di elak.”

Yang pisau sejengkal itu, penulis sudah tahu dari ‘permainan keturunan’ tetapi memberitahu tidak tahu kerana hendak tahu ‘rahsia’ guru itu juga. Sebagai wartawan, kedatangan menemui guru tua seperti membawa cawan kosong.

Setelah menemui pistol mainan dengan beberapa pelurunya, pistol itu diberikan kepada penulis. Dengan berdiri hanya berjarak tiga meter, penulis ‘menembak’ guru tua itu. Tembakan pertama, beliau mengelak dengan bersahaja manakala tembakan kedua, beliau menangkap peluru plastik setengah jengkal itu.

Kemudian diambil pembaris kayu enam inci dan menyuruh penulis memegangnya sambil mengacukan ke perutnya dari jarak sejengkal.

Beliau minta penulis tikam perutnya. Beberapakali ditikam tidak kena kerana beliau mengelak dengan ilmu ‘elak sebutir padi’.

Ilmu unik dari bangsa Melayu yang membuatkan ‘jatuh sah’ pahlawan-pahlawan seperti Tok Bahaman, Mat Kilau dan lain-lain tidak berilmu kebal. Namun dengan mengamal ilmu-ilmu demikian mereka mampu berdepan senjata api.

Begitu kisah pertemuan itu. Guru tua itu tidak mahu lagi menyimpan ilmu peringkat tertinggi. Hendak diberikan kepada murid beliau, diberitahu belum ada yang layak. Dirasakan molek, ditunjuk dan dikhabar rahsianya kepada penulis kerana memandangkan usia beliau makin dimamah.

Itupun sebelum diberikan, penulis disoal siasat asal-usul keturunan tok empat, lapan moyang. Bila diberitahu, terus dapat ilmu, bukan satu atau dua tetapi...

Tahun 80an, kisah-kisah pahlawan Melayu menentang penjajah Inggeris, Jepun dan komunis yang tidak dibukukan disampaikan kepada penulis. Pahlawan yang diceritakan itu terdiri samada dari datuk guru itu, atau ayah beliau atau guru kepada guru itu.

Cara mana atau strategi apa yang dipakai untuk menewaskan musuh negara diceritakan. Sememangnya tidak dapat ditulis oleh penulis dalam majalah kerana sudah melakukan ‘perjanjian’, namun kalau menonton filem Patriot lakonan Mel Gibson. Begitulah cara pahlawan Melayu berdepan musuh negara.

Sumber:  http://senibeladiri.com.my

**********


Nama ilmu sudah terpapar di dalam artikel di atas, kalau nak tau sama ada wujud ke tidak ilmu di atas, cuba saudara pergi bertanyakan kepada orang yang lebih berilmu ataupun guru-guru silat.

Artikel di atas hanyalah sebahagian nama ilmu sahaja. Sebenarnya masih banyak lagi ilmu seperti ini. Kena ingat juga, ilmu ada dua jenis iaitu baik dan buruk. Tuntut lah yang baik jika saudara mahukan sesuatu ilmu.


Ketahuilah:
Segala ilmu datangnya dari Allah SWT. Jadi, jika anda mahukan ilmu dekatkanlah diri kepada Allah SWT. Di samping juga kenal sebenar kenal Allah SWT. Baru segala macam ilmu kita dapat termasuklah yang nyata dan tak nyata.


Betulkan aku jika diri ku tersalah berbicara...

Sekian dari ku,

Wassalam..


Comments

Popular posts from this blog

PERINGKAT PERKEMBANGAN MANUSIA

Baru relax tau kenapa relax tak leh terima lagi bab-bab_____  di kalangan kawan-kawan ku (ala kalau nak tau apa di tempat kosong 2 sila baca entry sebelum ni .) Baru hari ni relax sedar kenapa relax masih tidak boleh menerima hakikat itu. Tapi kali ni dari sudut psikologi. Dalam psikologi, perkembangan manusia mempunyai 11 jarak waktu, iaitu: Waktu pranatal: Semasa bayi di dalam kandungan. Peringkat bayi awal:  Semasa lahir hingga 2 bulan Peringkat bayi akhir: 2 bulan-2 tahun Peringkat kanak-kanak awal: 2 tahun – 6 tahun Perinkat kanak-kanak akhir: 6 tahun – 12 tahun Peringkat sebelum remaja: 12 tahun -14tahun Peringkat awal remaja: 14 tahun – 17 tahun Peringkat akhir remaja: 17 tahun – 20 tahun Peringkat awal dewasa: 20 tahun- 40 tahun Peringkat pertengahan umur: 40 tahun – 60 tahun Peringkat umur tua atau lanjut usia: 60 tahun ke atas. Eeerrmmm, berdasarkan peringkat ini relax rasa relax di peringkat awal dewasa. Mungkin inilah penyebab kenapa relax masih tidak boleh

Silat cekak ustad hanafi dan silat gayong malaysia

Assalamualaikum , Persilatan adalah.... sory la google sediri. Sebab relax bab2 nak merungkai apa itu persilatan memang x pandai. Bukan apa kalau salah mentafsir nanti orang marah. Cuma kat sini nak cakap sikit pasal Silat Cekak Ustad Hanafi dan Silat gayong malaysia. Silat cekak ustad hanafi Mengenai silat cekak ( sini ). Laman rasmi silat cekak ( sini ). Berikut adalah sedikit sebanyak pasal silat cekak: - x payah bunyi suara. - Hanya berdiri tegak. - Mempunyai 21 buah dan ada juga buah umum. - Lebih menitiberatkan pertahanan persilat. - Hanya ada 1 sahaja buah serang. - Sesama ahli tidak boleh bergaduh kerana pengakhirannya ialah seri. -    Gerak yang ringkas -    Senjata yang digunakan parang lading dan wali jantan. -    Diam2 ubi berisi. dan sebagainya.... Silat gayong malaysia - Kena bunyi suara (ada sebabnya) - Perlu membuka langkah (kekuda) -    Mempunyai banyak buah -    Menggunakan pelbagai senjata. -    Latihan yang agak berat. - Banyak tali pinggang. dan sebaga

Perbezaan sedih dan sebak

Eeeeerrrrmmmm, sedih dan sebak nampak samakan. Sebenarnya nampak je sama tetapi ada bezanya.  Sebak dan sedih, Sama dari segi hasil, Berbeza dari segi pengawalan, Kedua-duanya menghasilkan air mata, Sebak tidak boleh di kawal, Sedih boleh di kawal, Inilah perbezaannya, Sedih dan sebak, Sebak lahir dari hati, Sedih lahir dari emosi, Inilah faktor mengapa sebak itu tidak boleh di kawal, Usah kau kata kau kuat, Tidak akan mengalirkan air mata, Sampai satu ketika, Kau tidak akan boleh mengawal air mata itu, Ini lah sebak,  Diri tidak mahu, Tetapi hati membentak mahukan air mata, Makanya otak tidak lagi mengawal, Sebaliknya hati, Sedih, Hadirnya boleh di minta, Membayangkan satu kepiluan, Saat ini otak menafsir, Seterusnya air mata mengalir, Kebanyakkan lelaki, Tidak akan mengalirkan air mata, (ye la kut) Tetapi saat air mata mengalir dari matanya, Itulah air