Tertanya-tanya di dalam diri ku,
adakah software Al-Quran di dalam Komputer or gadget elektronik yang lain
mempunyai hukum nya sama seperti Al-Quran?
Mengikut artikel di dalam majalah
Al Islam April 2012, muka surat 69 yang bertajuk “perisian Al Quran bagaimana
pula hukumnya”.
Dalam artikel tu tertulis:
Menurut pejabat Mufti Kerajaan
Brunei bertarikh 28 Februari 2007, hukum membawa alat-alat seperti telefon
bimbint, PDA, atau lainnya yang mengandungi perisian Al-Quran ke tandas adalah
harus, dengan syarat unsure tulisan dan bacaan Al-Quran itu tidak muncul, dair
alat-alat tersebut ketika berada di tandas.
Dalam hal ini, telefon bimbint, computer
riba, MP3, CD atau gajet elektonik yang lain, di mana terdapat di dalam
perisian membaca Al-Quran, tidaklah dihukumkan sebagai Al-Quran. Ini kerana
pancaran tulisan Al-Quran pada skrin tersebut adalah berbentuk elektronik dan
tidak kekal sebagaimana mashaf Al-Quran. Bahkan ia juga tidak di panggil
Al-Quran.
Oleh itu tiada masalah bagi
mereka yang berhadas untuk menyentuhnya kerana ia sememangnya tidak dinamakan
Al-Quran. Akan tetapi apabila masuk ke dalam tandas atau tempat-tempat maksiat,
hendaklah di ubah atau di tutup perisian tersebut.
Itu apa yang ditulis di dalam
buku tersebut. Kalau mahukan kepastian
tanya lah ustad or orang-orang yang lebih berilmu.
Bak kata rancangan dalam TV “Tanyalah
Ustad”
Sekian untuk hari ini.
Semoga Berjaya
J
Comments
Post a Comment