Tuesday, June 26, 2012

Tanda-tanda dan cara mencegah Strok



Sorry ye, ada emergency semalam.

25.6.2012, terima satu panggilan menyuruh ku pergi ke rumah tok ku. Tebaring tanpa pergerakkan itulah yang di beritahu. Disebabkan itu, relax menjadi mat rempit n mak ku menjadi ....... (pikir sendiri). Manakala ayah ku menjadi drifter. Sampai di sana sayu ku rasakan, melihat sekujur tubuh terbaring tanpa terdaya.

Senang cite macam ni la. Relax pun tak sangka tok ku akan kena strok. Selama ni dia cakap elok je, bergelak tawa n bergurau dengan kami. Tiba-tiba relax tengok dia jadi macam ni (kuasa Allah). Memang bohong la, kalau relax kata tak sedih. :-(

Masa tengok dia, terfikir gak macam mana la relax bila tua nanti dan banyak lagi la perkara yang relax fikir. Pesoalan yang muncul "penyakit strok ni penyakit keturunan ke?" sebab arwah tok belah mak relax pun kena penyakit yang sama. Tapi nak buat macam mana, redha je la.




117. Allah jualah Yang menciptakan langit dan bumi (dengan Segala keindahannya); dan apabila ia berkehendak (untuk menjadikan) suatu, maka ia hanya berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" lalu menjadilah ia.
(Al-Baqarah, ayat 117)




Apa-apa pun baca bawah ni:
 
Tanda-tanda STROK:

-Penglihatan menjadi kabur secara tiba-tiba pada sebelah atau kedua-dua mata.
-Rasa lemah atau kebas secara tiba-tiba pada muka, lengan atau kaki, di sebelah bahagian badan atau kedua-dua bahagian badan.
-Kesukaran bertutur atau pertuturan tidak jelas.
-Sakit kepala yang teruk secara tiba-tiba tanpa sebab.
-Kesukaran untuk menelan makanan atau menuman.
-Pening kepala atau hilang imbangan badan.


Cara mencegah STROK:

-Kawal dan kurangkan tekanan darah tinggi anda supaya kurang daripada 130/80.
-Kurangkan paras kolestrol kepada kurang daripada 5.2.
-Berhenti merokok.
-Kurangkan pengambilan alcohol.
-Kurangkan berat badan dan bersenam selalu.
-Buat pemeriksaan diabetes atau penyakit jantung dengan doctor anda.
-Jumpa segera doctor anda sekiranya terdapat tanda-tanda STROK.


PENANG GENERAL HOSPITAL NEUROLOGY CLINIC PENANG MEDICAL COLLEGE.

No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!