Tuesday, June 26, 2012

Apa yang diri ku rasa


Percayalah, ini bukan imaginasi ku. Tetapi benda yang relax nampak di masa depan. Terhasilnya segala yang di bawah selepas relax fikir sedalam mungkin dan menganalisa dari pelbagai aspek. Memang dengar macam entah apa-apa, tetapi demi mencari kesudahannya ku sanggup lakukan semua ini. (Ayat kena mantop sikit + nak jadi poyo gak)


Kau dan aku tak boleh bersatu,

Sudah ku fikirkan sejauh mungkin,

Sudah ku membuat penghitungan,

Kini ku punyai matlamat,

Aku mulai fikir kehadapan,

Tiada jalan ku temui,

Umur dan masa sehaluan,

Inilah penyebabnya,

Kiraan ku cukup melebihi waktu sepatutnya,

Jalan yang ku pilih terlalu lama,

Aku lelaki,

Engkau perempuan,

Waktu kau dan aku berbeza,

Ku lihat di sekeliling,

Waktu kau ialah waktu itu,

Masa itu ku masih tak mampu,

Di waktu itu,

Kaum sejenis mu banyak bersatu,

Ku pasti kau pun begitu,

Jangan kau menafikan,

Ku tahu sekarang kau tak fikirkan,

Tetapi sampai bila,

Satu ketika di waktu itu,

Mesti kau fikirkan,

Percayalah,

Kalau kau cuba fikirkan,

Ku pasti kau sependapat dengan ku,

Siapa aku kau nak tunggu,

Ku pasti tiada peluang untuk ku,

Tiada keraguan,

Ku pasti banyak yang meminta,

Mustahil kau tak terima,

Dalam banyak mesti ada lekatnya,

Mulai sekarang,

Akan ku tunggu jemputan dan saat kesatuan dari mu,

Kesudahan sudah ku temui,

Lengkap sudah kisah cinta ku,

Ku simpan segalanya di lubuk hati,

Ketahuilah,

Kau dan aku tak boleh bersatu.



Sekian dari ku,

Perasanlah, memang untuk mu.

Jangan stress-stress dan sihat-shatlah selalu.

Pai….

No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!