Tuesday, June 26, 2012

Jadi inilah matlamat kau?



Idea ku datang dari yang lain.

Kawan ku: “Jadi inilah matlamat ko?”

Relax: …………(terkelu lidah untuk berkata-kata.)

(buat masa ni, yang ni je yang relax ingat. Perbualan penuh tak ingat sangat)

Ayat “Jadi inilah matlamat ko?,” sampai skang relax pikir.

Tertanya dalam hati ku “apa matlamat aku? Betulkah ini matlamat aku?”

Eeeerrrmmm entah la relax pun tak pasti apa matlamat relax. Pikir dari hari 2 sampai skang tak pasti lagi apa matlamat relax.

Sory sahabat ku, sewaktu kau bertanyakan pasal matlamat ku, sebenarnya aku masih tak pasti apa matlamat aku. Adakah bahagiakan kedua ibu bapa ku or lain-lain, aku tak pasti. Serius aku tak pasti.




Nak story sikit:

Dari sekolah rendah lagi. Relax tak tau kenapa relax belajar or tak tau apa matlamat relax belajar.

Relax tak tau kenapa kita perlu belajar bahasa Arab, ilmu sains, ilmu tauhid, ilmu Fiqah, ilmu sirah, matematik dan pelbagai lagi lah ilmu.

Ikut je apa mak ku kata. Dia kata kena pergi sekolah, relax pergi. Tapi tak tau kenapa relax kena pergi sekolah 2. Tak pernah terfikir pun kenapa relax belajar.

Selain itu, relax pun tak tau kenapa kita perlu berkawan. Apa pentingnya kawan. Apa pentingnya ibu bapa. Apa pentingnya keluarga.

Tak tahu diri ku kenapa kena ambil UPSR, PMR dan SPM. Banyak lagi lah benda yang berkaitan dengan hidup relax tak tau.

Perkara ini berterusan sampai lah relax masuk sekolah menengah. Sekolah menengah pun sama, relax tak tau kenapa relax perlu ambil cos sains masa tingkatan 4. Yang relax tau, relax hanya ikut suruhan ayah ku. Ayah ku suruh, relax ikut je.

Sampai la habis SPM n nak apply diploma. Sama gak, ayah ku kata ambil cos Engineering, relax pun ambil la cos engineering.

Bila masuk U, ada seorang lecturer tanya kat relax “Kenapa kamu ambil cos engineering?”. Jawapan relax senang je “entah la, saya hanya apply je.”

Masuk U pun sama macam sebelum ni, relax tak tau kenapa kita perlu belajar dan kenapa kita perlu dapat pointer 3 ke atas.

Serius, relax tak tau apa-apa masa ni. Pikiran ku kosang, takda langsung matlamat. Yang relax tau “orang lain dapat pointer bagus, aku pun mesti dapat pointer bagus.”, “orang lain masuk U, aku pun mesti kena masuk U.” Itu je yang relax tau.

Tak pernah terfikir langsung pasal girl, future, apa aku nak jadi dan pelbagai lagilah perkara berkaitan hidup.

 Dalam erti kata lain dari dulu sampai keluar U, relax tak pasti apa tujuan hidup ku or apa matlamat hidup ku. Yang relax tau, relax hanya mengikut kehendak mak and ayah relax. Diorang suruh buat, relax buat, itu je yang relax tau.

“Aku ibarat mesin yang digerakkan oleh dua orang pekerja.”

“Aku hanya mengikut arus.”

‘Hanya tau bercakap je, tak pernah jadikan matlamat pun.’ Hehehe…

Itu apa yang relax tau la…

Jadi, kalau orang tanya “apa matlamat ko?”
Jawapan relax “(pikir sendiri)”




Tapi kini……. Selepas kejadian itu…. Selepas kenal ….. Otak ku mulai berfikir…. Mulai muncul…… Mulai merangcang….

Lambat matang rupanya relax ni (menyedihkan)…

K lah nak pergi pikir matlamat hidup ku…. hehe

"Muslim sejati or muslim sebenar muslim"

Cau lu…

Paaaaiii….

No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!