Saturday, May 23, 2015

Cerita di kedai makan


Salam, hai korang. Cerita hari itu.

Macam ni ceritanya.

Jalan ceritanya bertempat di kedai makan tempat belajar relax.

Sesudah makan ku sudahi dengan melihat sekeliling ku. Entah mengapa mata ku terpandang seorang wanita yang pada pandangan ku seorang yang ranggi. Ku melihat tingkah laku nya. Cuba menafsir apa yang di fikirkannya. 

Ku terfikir mengapakah dia begitu rupa. Entah la, makin ku cuba selami diri dia. Makin pelik ku rasakan. Pening ku memikirkan. Lalu ku biar dia di alam nya. 

Ku kalih pandangan di tempat lain. Mencari mangsa baru untuk ku perhati gelagat mereka. Sedang ku mencari, wanita tadi lalu di hadapan ku. Di waktu ini nasi sudah tersedia di hadapannya. 

Kali ini ku tersentak. Semua gara-gara wanita tadi. Tersentak dek kerana melihat dia sebelum menjamah makanan. Tidak ku sangka begini rupanya wanita itu. Ketika ini, sesuatu bermain di fikiran "sungguh tiada boleh kita menilai seseorang daripada luarannya." Mana tidak ku beranggapan begitu, wanita yang ranggi di luarnya dengan kusyuk menadah tangan lalu berdoa sebelum makan. 

Ish2 tak sangka. 

Jika di lihat penampilannya jauh benar daripada perbuatannya. 

Pengajarannya:
- Jangan mudah sangat menilai seseorang. 
- Berbaik sangkalah dengan orang dan berhati hatilah dalam semua hal.

Sekian daripada relax.

Tegur ku andai ku salah.


No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!