Sunday, May 17, 2015

Aku yakin jawapan aku betul


Assalamualaikum semua,

Hari ni nak cakap sikit kat korang tentang budaya menegakkan sesuatu perkara.

Hari tu ada bersembang dengan seseorang dan seseorang itu bercakap:

“Aku ni kalau merasakan apa yang aku cakap ni betul. Aku akan cuba membetulkan apa yang aku cakap ni.”

Ok bagi ku ayat di atas boleh di pakai tetapi haruslah mengikut keadaan dan apa yang di cakapkan itu.

Cuba bayangkan kalau ada dua orang yang berpegangan seperti di atas bertemu lalu mereka berbeza pendapat. Relax berani jamin tentu tiada jalan penyelesain yang di temui kerana dua-dua mahu betulkan pandangan mereka. Tidak mahu mengalah.


Kita ambil contoh kisah seperti di bawah ye:

Situasi nya begini, Si A hanya mengetahui maksud ‘memerlukan’ di dalam English ialah ‘need’. Manakala si B hanya tahu maksud ‘memerlukan di dalam English ialah ‘want’. Si C pula tidak tahu terus maksud ‘memerlukan’ di dalam English apa dia.

Cerita bermula begini:

Si C bertanyakan apakah maksud ‘memerlukan’ kepada si A dan S B. Lalu si A cakap maksud ‘memerlukan’ ialah ‘need’. Manakala si B pula cakap maksud ‘memerlukan’ ialah ‘want’. Lalu berlakulah pertelingkahan di antara mereka berdua di sebabkan ini. Dua-dua (si A dan si B) berusaha menegakkan apa yang mereka tahu dan tidak mahu mengalah kerana dua-dua merasakan jawapan mereka betul.

Yang peningnya ialah si C la sebab ada dua jawapan yang dia dapat dan tidak tahu mana satu yang betul. Di sebabkan pertelingkahan dan tiada tolak ansur di antara si A dan si B (Dua-dua berkeras mengatakan jawapan masing-masing yang betul), jadinya tiada jawapan yang si C dapat.
Sekian cerita kali ini.

Berdasarkan cerita tadi agak-agak kalian, kalian dapat tak apa-apa message atau pun pengajaran berdasarkan cerita di atas??????

Ok lah macam ni, kadang-kadang kita perlu mengalah di dalam menegakkan sesuatu perkara yang melibatkan kekhilafan dan kita rasa punyai banyak jawapan di atas persoalan tersebut. Jika masing-masing berkeras mahu mengatakan jawapan mereka betul, di situ mana ada penyelesaiannya. Kita haruslah belajar menerima apa kata orang, menerima tidak semestinya berpegang pada jawapan itu. Sebaliknya kita menerima untuk kita lebih kaji apakah benar jawapan orang lain itu.


Tuntasnya daripada cerita tadi ialah kita tidak boleh lah terlalu membetulkan jawapan kita dan tidak menerima jawapan orang lain kerana jawapan yang diberikan berdasarkan ilmu di dalam diri. kita hanya jawab berdasarkan apa yang kita tahu dan ilmu di dalam diri sendiri. Di sebabkan ilmu di dalam diri setiap orang berbeza-beza, makanya jawapan yang diberikan juga berbeza. Tingkatan ilmu di dalam diri pula tiada siapa yang tahu melainkan Dia yang Esa. Jadinya jangan suka sangat ataupun terlalu membetulkan jawapan kita, cubalah menerima jawapan orang lain sama. Bertolak ansur lah wahai kawan-kawan ku.  


Korang kena ingat tau, mengalah bukan bermakna kita membenarkan kata mereka tetapi kita cuba mengelakkan satu pertelingkahan. Tetapi jika pertelingkahan itu melibatkan tentang berlainan agama kita tidak boleh mengalah sebaliknya kita harus terus tegakkan kebenaran Islam. Di dalam menegakkan kita pula tidak boleh berkasar bahasa dan sewaktu dengannya.


Jika seseorang yang jenis menegakkan jawapan dia dan sukar menerima jawapan orang lain dan melibatkan sesuatu hal yang remeh atau pun seseorang yang taksub dengan sesuatu  perkara relax rasa lebih baik kita terima sahaja kata dia walau pun kita merasakan jawapan orang tersebut salah. Tetapi jika korang rasa nak bagi pandangan korang juga silakan. Tiada halangan pun.
Tiada guna bertelingkah dengan seseorang yang tiada guna akal sebaliknya hanya mahu membetulkan apa yang dia tahu dengan cara apa pun. Buang masa bagi relax.



Pengajaranya:
Terima juga apa orang kata. 
Jika mahu juga berdebat pastikan ada bukti yang sahih bukan berdasarkan nafsu semata-mata.
Buktinya pula haruslah di depan mata 
Boleh juga di rujuk apabila di minta.


Sekian daripada ku.
Relax tenang saja.

Tegur ku andai ku salah.


No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!