Sunday, May 31, 2015

Ayuh mendaki Gunung Cabang



Hai korang, bertemu kembali kita di dalam blog relax tenang ini.

Pelbagai artikel menarik terkandung di dalam blog ini. Kuang kuang kuang…. Menarik ke????

Menarik ke tidak itu tak penting. Yang penting blog ini adalah hasil daripada tarian jari jemari ku. Hehehe… Senyum dan senyum jangan stress ye kepada orang di luar sana yang stress. Sesungguh nya ku tahu.


Oklah setiap tahun rasanya dalam dua gunung akan relax daki. Tinggi yang berbeza beza pula tu. Ada yang tinggi ada yang rendah. Sudah tentulah latihan bagai setiap gunung berbeza beza. Ini kerana bagi mengelakkan kecederaan di anggota badan kita.

Yang terbaru dan baru sahaja di daki ialah Gunung Cabang. Di daki pada 31/5/2014 pada pukul lebih kurang dalam 8pagi dan sampai semula di bawah pada pukul 10malam. 

Masa daki lebih kurang sama dengan masa turun. Sepatutnya masa turun akan kurang daripada masa daki. Biasalah, ada lah sebabnya tu. Sekian sedikit sebanyak ataupun ringkasan tentang perjalanan ke gunung cabang ni ye. Oohh lupa, sebelum sampai ke Gunung Cabang, kita akan sampai dahulu ke Puncak botak.


Gunung,

Tempat ku melepas segala perasaan,

Terlepas juga lelahnya kehidupan,

Dapat ku peroleh semangat,

Semangat untuk ku melangkah ke hadapan,

Setiap jalan yang ku lalui,

Ku bayang laluan kehidupan,

Ku redah tanah curam,

Rimbunan pokok di jalanan,

Ini semua ku anggap halangan kehidupan,

Untuk peroleh pemandangan yang indah,

Kesejukan di awangan,

Halangan demi halangan perlu ku redah,

Inilah kehidupan,

Penuh dengan rintangan,

Perlu di tempuh rintangan,

Rintangan demi rintangan,

Akhirnya itu,

Ya,

Itu lah tujuan kehidupan.


Sekian daripada ku, 

Kali pertama kena gigitan benda terbang, lalu sengatnya melekat di leher ini, perkara biasalah benda ini, tak sangka, kesan ini membengkak dan mengatalkan seluruh tubuh ini, aduh mengapakah begini, sedangkan orang lain tidak sedemikian rupa, selamat tidak berpanjangan, mungkin sengatan ini hanya memberi salam, terima kasih sang empunya sengatan.

Sekian daripada ku,

Relax tenang,

Peace yoo.


No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!