Monday, December 01, 2014

Untuk mu bergelar wanita


Wanita,

Wanita itu istimewa,

Kerana di anugerah hati yang tabah,

Walau di luarnya lemah,

Tetapi hatinya kuat,

Itulah kelebihan seorang wanita,

Wahai wanita,

Sekeras mana pun di kau,

Masih ada lembutnya,

Kerana itulah fitrah wanita,

Ketahuilah wahai wanita,

Wanita itu penyayang,

Walau kadang nampak brutal,

Ini kerana,

Itulah sifat wanita,

Memang di lahir begitu,

Jadinya,

Selamilah hati hawa kalian wahai wanita,

Dengar bisikan hati kalian,

Hiasilah iman di hati kalian,

Sesungguhnya korang istimewa,

Cuba lah selami,

Mengapa ku kata begitu.


Selami berfikir di luar sana.

Adam dan hawa, bertemu di syurga, kerana hasutan syaitan kepada si hawa, hawa menyuruh nabi Adam ambil buah itu, lalu turun lah keduanya ke dunia, di atas hukuman kerana melakukan perkara itu. Tutasnya, jika tiada dapat syaitan menghasut kita, di gunakan orang  yang kita sayang untuk menghasut kita. Itu lah syaitan, sangatlah licik, harus berhati-hati dengan syaitan.

Apa-apa pun, hidup ini tidak akan pernah bahagia kerana kita di dunia, tempat persinggahan dan cubaan untuk ke sana. Kita akan sentiasa di uji. Harus mencari kekuatan daripada Dia. Untuk menempuh cubaan yang mendatang. Selamat medapatkan Dia wahai pembaca sekalian.

Itulah apa yang ku tahu,

Tegurlah diri ku jika diri ini salah.

Selamat menyelami diri wahai pembaca sekalian. 

Relax tenang

Assalamualaikum.


No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!