Monday, December 01, 2014

Mama sayang kamu


Pejam celik dan pejam celik, akhirnya dah bulan december dah. Tak perasan pula. Cepat masa berlalu. Hehe. 

Assalamualaikum orang di luar sana. Tidak pandai ku berkata mahupun menulis. Yang ku pandai hanya menulis apa yang terlintas di fikiran ku. So, tulis sahajalah.


Mama menangis kerana sayang,

Mama menangis kerana tahu anaknya tidak boleh hidup tanpanya,

Mama menangis kerana mama nampak kesedihan di mata anaknya,

Mama sentiasa risau anaknya kerana mama tahu anaknya tidak boleh berdikari,

Walau sebesar mana di kau wahai anak mama,

Mama masih menganggap kau seperti dahulu,

Bagi mama,

Kau adalah seperti kanak-kanak,

Yang sentiasa mahu diri mama,

Wahai anak mama,

Sesungguhnya mama mahu menjaga mu,

Jangan lah kau menangis,

Sesungguhnya mama sentiasa dengan mu,

Tidak pernah tinggal mu,

Jika tiada sudah mereka di luar sana mahu mu,

Mama masih mahu mu,

Ini kerana kau ialah anak mama,

Anak yang pernah mama lahirkan dahulu,

Mama sayang diri mu,

Walau sudah besar anak mama,

Tiada dapat mama berenggang dengan mu,

Kerana mama tahu,

Kau lemah tanpa mama,

Saat kau menangis,

Marilah kepada mama,

Kan mama peluk mu,

Memujuk jiwa yang di dalam kesedihan,

Walau kadang mama marahi mu,

Ketahuilah anak mama,

Marah mama kerana sayang,

Kerana sayang mama kepada mu,

Jagalah diri mu,

Jika sudah tiada mama di sisi,

Jangan pernah melupakan nasihat mama,

Berdiri lah anak mama,

Bangkit kembali mengenal yang Esa,

Walau tiada bertemu kita di sini,

InsyaAllah,

Bertemu mama dengan anak mama,

Di sana nanti,

Sentiasalah doakan mama di sini ye,

Mama sayang anak mama,

Salam sayang daripada mama mu,

_________________________


Krik krik krik.

Huhu.

Sekian ayat terlintas di fikiran ku. Hargailah ibu or mama anda. Itu sahaja ku nak pesan. Jangan pernah menderhakai mereka. Jika pernah lebih baik minta maaf cepat-cepat.

Love you my mom.

Relax tenang.

Pai.


No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!