Monday, December 15, 2014

Si pemberi tapak biru


Mereka di luar sana mengelar ku romeo, mereka di luar sana mengelar ku jiwang, mereka di luar sana mengelar ku pencinta wanita. Aaaahhhhh, tidak ku tahu di mana jiwang, romeo dan pencinta wanita nya diri ini. Nanti sekejap, asyik bagi bebelan je dalam blog ni kan, hari ni nak cuba jadi mat jiwang pula. Kita santai saja dalam penulisan ku ini ye.

3,2,1 mat jiwang, ku seru mat jiwang muncul. Datanglah memenuhi artikel ku kali ini.


Wahai pemberi tapak biru,

Terharunya ku rasa saat penulisan kertas ku lihat,

Tanpa ku sedar,

Titisan jernih mengalir di pipi ku,

Tiada tertahan sebak di dada,

Saat ku lihat tulisan itu,

Maaf kerana meninggalkan si pemberi tapak biru,

Di saat sebak nya dada ini,

Ku perlu mencari satu ketenangan,

Untuk menenangkan sebaknya hati ini,

Walau diri mu melihat,

Ku biasa-biasa sahaja saat melihat pemberian itu,

Percayalah wahai si pemberi tapak biru,

Terharu ku rasa saat itu,

Tiada ungkapan yang keluar saat itu,

Yang terkeluar hanyalah titisan jernih,

Yang terus membasahi pipi ku,

Hari terindah dalam hidup ku,

Saat tulisan itu ku baca,

Terima kasih si pemberi tapak biru.

Terima kasih tak terhingga ku ucapkkan si pemberi tapak biru,


Si pemberi tapak biru,

Sungguh,

Diri mu telah menceriakan diri ini saat stress menjelma dalam diri,

Terima kasih lagi sekali ku ucapkan,

Lap si pemberi tapak biru.


Okay sekian ayat yang tak berapa nak jiwang ni.

Kata akhir daripada ku,

Maaf lah yo, kalau benar ku jiwang, sudah lama ku menjadi kasanova. Kasanova yang memiliki banyak cinta di dalam diri. Tetapi yang ku tahu, hati ku hanya satu, mana mungkin boleh ku bahagi kan cinta itu kerana hati itu cuma satu.  Jangan pernah mencintai manusia sedalamnya, cintailah Allah iaitu pemilik cinta itu. Inilah cinta sebenar cinta. Peringatan untuk kita yang bergelar manusia. 


Relax tenang saja.

Peace yoo.

No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!