Friday, December 05, 2014

Nasihat menasihati


Salam ku hulur kepada pembaca sekalian. Diri ku dipanggil relax. Empunya blog ini. Relax tenang nama blog ku.

Sudah sekian lama tidak ku post tentang nasihat kepada kalian dan diri ku sendiri.

Tidak ku nafi, diri ini masih tidak betul dan banyak kekhilafan. Diri ini bukan juga baik sangat. Selalu juga terkandas ke lembah kegelapan. 

“Nasihat saya sebelum bagi nasihat kat orang, tengok kita tu dulu.”

Satu ayat yang di jumpai  yang membuat ku berfikir sejenak lalu terkeluarlah post kali ini.

Sudah ku kata kan di artikel yang lepas. Tidak kiralah siapa pun orang itu, sama ada pencuri, penjahat dan lain-lain, jika keluar daripada mulut mereka kata-kata nasihat atau pun sesuatu yang baik, kita kena mendengarnya dan boleh di ambil kata-kata mereka sebagai satu peringatan kepada diri kita.

Untuk memberi nasihat mahupun peringatan kepada seseorang, kita tak perlu tunggu diri kita baik dulu. Tidak perlu tunggu diri kita menjadi ustaz atau pun ustazah. Bagi je nasihat. 


Sesungguhnya ketahuilah kalian,

Diri ku tak sempurna,

Punyai cacat celanya,

Tetapi ku memberi nasihat agar mereka juga dapat memberi nasihat kepada ku,

Ku memberi nasihat untuk peringatan kita bersama,

Islam itu kan menganjurkan budaya tegur-menegur,

So, ayuh tegur-menegur,

Bersama kita mempelbaiki diri,

Bukan hanya diam seribu bahasa,

Melihat kawan kita hanyut dengan kesilapan diri,

Bila di tanya sayang kawan anda kah?

Anda menjawab sayang,

Tetapi tak menegur kawan anda jika kawan anda melakukan kesalahan,

Sayang kah namanya kalau begitu,


Ketahuilah korang,

Jika benar korang sayang seseorang,

Pelbagai nasihat dan peringatan akan korang beri kan kepada orang yang anda sayangi,

Bukan nya terus biarkan orang yang di sayangi terus hanyut dengan kesilapan dia,

Tegur dia,

Biar dia tahu salah dia,

Biar dia perbaiki salah dia,

Sudah ku kata sebelum ini,

Jika benar diri ku salah,

Tegur ku,

Jangan biar ku terus melakukan kesalahan itu,

Tuntasnya ayuh tegur-menegur.


Ayuh bersama perbaiki diri, bukan marah orang yang memberi nasihat dengan mengatakan “Kau pun sama, nak nasihat orang.” Aduh budaya mana korang pakai ni. 



Ada satu ayat di dalam Al Quran menyuruh kita menjadi baik dan memberi nasihat kepada orang lain.

Maknanya di samping memberi nasihat kepada orang lain, kita juga harus perbaiki diri. 

Itulah ceritanya.


Pengajarannya,
Ayuh tegur-menegur dan bersama perbaiki diri. Manusia itu tidak sempurna, tetapi kita tidak boleh menjadikan alasan tidak kesempurnaan kita dengan terus melakukan kesilapan. Kita tidak boleh jadi terbaik, tetapi kita kena berusaha bersungguh sungguh untuk menjadi yang terbaik. 


Ada apa-apa nak tegur ku kah???
Kalau ada sila tegur di ruangan komen di bawah artikel ini.


Cuba renungkan kata di bawah:

Jika kita menggunakan prinsip “Kita harus jadi baik untuk menasihati orang lain” makanya, tiada terus atau pun sedikit sahaja orang yang layak memberi nasihat. Ini kerana orang yang baik itu bererti orang yang bersih daripada dosa kecil dan dosa besar dan hanya ada Allah di dalam hati nya. 


Satu penegasan dan prinsip yang perlu korang tahu,
Kita harus bersama perbaiki diri. Jadinya ayuh tegur-menegur bersama kita. Aku salah kau tegur, kau salah aku tegur. 




Selamat memikirkan kata ku ini.

Tegur ku andai ku salah.

Peace yoo..

Assalamualaikum



No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!