Wednesday, May 30, 2012

Hantaran kahwin



Haha…… selamat ku ucap kan kepada……..

Satu perkahwinan bakal berlangsung sabtu or ahad or isnin (entahla tak ingat). Yang pastinya orang yang kawin 2 ialah sepupu ku.

Tengok FB bab kawin, dalam dunia maya pun bab kawin gak, dalam blog pun bab kawin gak. Rasanya dulu tak pun. Nampaknya semua kawan ku dah tak sabar nak kawin. Pe pun, hak korang nak cakap bab apa pun. Yang pasti kat sini, jangan lupa jemput diri ini kalau nak kawin nanti. Peace yoooo…

Inilah gambar-gambar hantaran yang bakal di berikan kepada sepupu ku.






Letak ........ (nama apa tak benda 2)





Macam mana lawa tak, cantik tak. J

Mai sini nak cite sikit. Nak tau tak hantaran 2 sapa uat. Ce teka ce teka.

Hehe, sapa lagi yang uat kalau bukan relax (nak bangga sikit). Relax Cuma susun-susun cloud 9 je, then gam benda tepi kotak 2(tak tau benda 2 nama apa). Itulah pasai nya kalau korang tengok susunan dia berterabur sikit.

Sebelum 2, ketahuilah sebenarnya relax ni bukan rajin sangat nak susun cloud 9  ni (menyusahkan). Cuma terpaksa susun sebab keluarga ku semua takut nak uat. Sebab diorang kata takut tak elok la, takut senget la, takut…. (macam2 takut la di orang bagi).

Di tambah ayah ku kata, dia tak nak ambil tau langsung pasal hantaran ni. Ini juga salah satu factor kenapa relax uat hantaran ni sebab sebelum ni, hantaran di buat oleh ayah ku.Dalam erti kata lain kalau kerja-kerja yang memerlukan keyakinan yang tinggi memang ayah ku yang uat.

Di sebabkan dua factor inilah terpaksa, ulang lagi sekali terpaksa relax yang uat. (terpaksa + rela)
Tanya kelurga ku diorang nak uat hantaran macam mana. Suruh diorang tunjuk sikit contoh hantaran 2. 

Maka, terhasilah hantaran macam hantaran dalam gambar 2.

Jadi, jangan di soal kenapa tak lawa or tak cantik. First time uat k.

Akhir kata dari ku, beginilah salah satu cara macam mana nak berjimat.

Kesimpulannya, untuk berjimat, anda hanya perlukan keyakinan yang tinggi dan berani mencuba.

Sebagai contoh, kalau anda nak berjimat: jangan beli hantaran, sebaliknya belajar uat hantaran tersebut. Jangan upah orang uat rumah, sebaliknya anda uat umah sendiri. Jangan beli claypot, sebaliknya belajar cara uat claypot dan sebagainya.

Tak salah rasanya belajar sesuatu yang baru.

Pai pai

No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!